Mywanxch
Wednesday, 8 May 2013
Thursday, 13 December 2012
Contoh Jawapan Bahagian C
Bil
|
Aktiviti
|
Nilai
Murni / Pengajaran
|
1.
|
…. memperoleh alamat pemilik dompet
itu. Ah Kaw s memandu teksinya ke alamat yang terdapat ….
|
bersikap jujur / tulus / amanah
|
2.
|
…. terus memulangkan dompet tersebut
kepada pemiliknya ….
|
bertanggungjawab
|
3.
|
…. Pemilik dompet itu mengucapkan
terima kasih ….
|
bersyukur
|
4.
|
…. pemilik dompet itu memberikan
sedikit sagu hati kepada Ah Kaw tetapi Ah Kaw menolak pemberian itu kerana
dia ikhlas membantu.
|
bersikap ikhlas
|
JAWAPAN:
Kita mestilah bersikap amanah dengan
tidak mengambil barang bukan milik kita supaya dipercayai orang. Selain itu,
kita hendaklah bertanggungjawab dengan memulangkan barang yang kita temui / jumpai kepada pemiliknya supaya disukai orang. Seterusnya, kita patutlah bersyukur dengan
mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah /
pernah menolong kita. Akhir sekali, kita sewajarnya bersikap ikhlas
ketika membantu seseorang dengan tidak mengharapkan balasan.
|
Contoh Jawapan Bahagian A
FN
|
FK
|
FN
|
lelaki
|
menelefon
|
-balai
bomba
|
lelaki
|
memadamkan
|
api
|
wanita
|
mendukung
|
anaknya
|
perempuan
|
cuba
menenangkan
|
wanita
|
lelaki
|
berlari
|
-membawa
barang-barang
|
Contoh
Jawapan : (Kebakaran)
1. Seorang
lelaki menelefon ke balai bomba setelah melihat sebuah rumah papan terbakar di
Kampung Sedeli dengan telefon bimbitnya.
2. Tiga orang penduduk
kampong cuba memadamkan api yang marak itu dengan air.
3. Seorang
wanita yang mendukung anaknya itu menangis dengan sedih apabila melihat
rumahnya terbakar.
4. Seorang perempuan cuba menenangkan wanita yang
menangis itu kerana rumahnya terbakar.
5. Beberapa orang
lelaki berlari sambil membawa barang-barang yang berjaya diselamatkan.
Monday, 10 December 2012
Contoh Karanagan - Cerita Pengalaman
Kamu sekeluarga telah
menyertai Sambutan Hari Keluarga. Ceritakan pengalaman kamu itu.
Pada
hari minggu yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke Taman Tasik Titiwangsa
untuk menyambut Hari Keluarga. Kami ke sana dengan menaiki kereta ayah. Apabila
tiba di sana, ayah terus mendaftarkan nama dan diberikan nombor untuk acara
cabutan nombor bertuah.
Acara pertama
pada hari itu ialah acara sukaneka. Terdapat banyak acara sukaneka. Antaranya
ialah meniup belon, berlari dalam guni, tarik tali, menganyam ketupat, mencari
gula-gula di dalam tepung, dan sebagainya.
Kami telah
mengambil bahagian dalam acara berlari dalam guni dan mencari gula-gula di
dalam tepung. Kami telah mendapat naib johan dalam acara berlari dalam guni dan
mendapat johan dalam acara mencari gula-gula di dalam tepung. Kami berasa
sangat gembira.
Ibu dan bapa
pula mengambil bahagian dalam pertandingan karaoke. Sebanyak 20 orang peserta
telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Suara kebanyakan peserta
sungguh merdu. Kami beradik-adik telah memberi sokongan kepada ibu bapa.
Akhirnya, mereka telah berjaya memenangi pertandingan itu.
Selepas semua
acara itu tamat, satu jamuan ringan telah diadakan. Para pengunjung menikmati
juadah yang dihidangkan. Selepas itu, kemuncak sambutan Hari Keluarga adalah
acara cabutan nombor bertuah. Acara itu memang ditunggu-tunggu oleh semua peserta.
Kami sangat bertuah kerana telah memenangi sebuah hamper.
Sebelum
pulang, semua peserta menangkap gambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Saya
berasa sangat gembira kerana berpeluang menyertai sambutan Hari Keluarga.
Walaupun penat tetapi hatiku berasa sangat gembira kerana pulang dengan membawa
banyak hadiah yang besar.
Contoh Karangan - Dialog
Kamu
seorang wartawan majalah sekolah. Kamu diminta menemu ramah seorang pelajar
yang telah Berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR. Tulis temu ramah itu
selengkapnya.
Seorang pelajar yang belajar di SJK(C)
Kampung Baru Gedok telah berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR. Pelajar
tersebut bernama Fong Yu Qing.
Man Yi :
|
Selamat
pagi. Saya ialah wartawan majalah sekolah SJK(C) Kampung Baru Gedok. Nama
saya ialah Wan Man Yi.
|
Yu
Qing :
|
Selamat
pagi. Bolehkah saya tolong?
|
Man Yi :
|
Saya
ingin menemu ramah dengan saudari. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada saudari kerana memperolehi 7A dlam peperiksaaan UPSR.
|
Yu
Qing :
|
Terima
kasih.
|
Man Yi :
|
Apakah
perasaan saudari selepas mendapat 7A?
|
Yu
Qing :
|
Saya
berasa sangat gembira sebab saya tidak sangka akan mendapat 7A.
|
Man Yi :
|
Bagaimanakah
saudari membuat persediaan?
|
Yu
Qing :
|
Saya
menyediakan jadual waktu belajar sendiri dan sentiasa belajar dengan
mengikuti jadual itu.
|
Man Yi :
|
Bagaimanakah
saudari membahagikan masa belajar saudari?
|
Yu
Qing :
|
Pada
waktu pagi dan malam, saya belajar. Pada waktu petang pula, saya menghadiri
kelas tambahan, membuat kerja sekolah, dan bermain.
|
Man Yi :
|
Apakah
cara saudari untuk belajar?
|
Yu
Qing :
|
Terdapat
banyak cara untuk belajar. Antaranya adalah apabila guru sedang mengajar,
saya sentiasa menumpukan perhatian. Selain itu, saya juga mengulang kaji pelajaran
pada setiap hari, apabila saya menghadapi masalah dalam pelajaran, saya akan
menanya guru atau kawan, dan membuat banyak latihan. Di samping itu, saya
juga banyak membaca buku rujukan dan membuar perbincangan dalam kumpulan
dengan kawan-kawan.
|
Man Yi :
|
Wah,
saudari sungguh hebat! Siapakah yang selalu memberi galakan kepada saudari?
|
Yu
Qing :
|
Ibu
bapa dan guru-guru saya.
|
Man Yi :
|
Apakah
cita-cita saudari?
|
Yu
Qing :
|
Saya
bercita-cita hendak menjadi seorang doktor.
|
Man Yi :
|
Semoga
saudari berjaya.
|
Yu
Qing :
|
Terima
kasih.
|
Contoh Karangan - Fakta
Murid-murid
digalakkan menabung. Tulis sebuah karangan tentang faedah-faedah menabung.
Jenis
:Fakta
Pendahuluan:
- amalan -
- digalakkan – sejak -
- menyimpan – bank - tabung.
Isi-isi:
1. – faedah
-
Antaranya – wang – digunakan-
kecemasan / /terdesak -
-
Contohnya – menghidapi -,
- simpanan - membayar kos -
2. – Selain - , wang/memudahkan
–
berbelanja - membeli – dihajati
- buku rujukan, komputer,
-
-
Dengan -, - perlu bergantung
– meringankan --
juga
– menggunakan – simpanan
- membayar yuran persekolahan
|
3. – Di -, - menderma – menghadapi
- seperti rumah anak yatim,
mangsa banjir. - kebakaran,
rumah - tua, -
-
wang – dermakan – membantu -
Menyelesaikan -
4. – Menabung – melatih
- berjimat-cermat.
–
Dengan -, - bersikap boros
– membeli - penting
–
menggunakan – simpanan
- melanjutkan pelajaran
- universiti/menara gading
--
Dengan -, masa depan – terjamin.
Penutup:
-Bak – perpatah “Sediakan payung
sebelum hujan”
- berharap – ramai - mengamalkan
sikap menabung
- faedah
|
Menabung ialah amalan
baik. Oleh itu, kita digalakkan menabung sejak kecil. Kita boleh menyimpan wang
di dalam bank atau tabung.
Menabung mempunyai banyak faedah.
Antaranya ialah wang simpanan boleh digunakan semasa kecemasan atau terdesak.
Contohnya apabila menghidapi penyakit, wang simpanan boleh digunakan untuk
membayar kos perubatan.
Selain itu, wang simpanan boleh memudahkan
kita berbelanja untuk membeli sesuatu barang yang dihajati seperti buku
rujukan, komputer, basikal, dan lain-lain lagi. Dengan ini, kita tidak perlu
bergantung kepada ibu bapa dan dapat meringankan beban mereka. Kita juga boleh
menggunakan wang simpanan untuk membayar yuran persekolahan.
Di samping itu, kita boleh mendermakan wang
kepada orang yang menghadapi masalah seperti rumah anak yatim, mangsa banjir,
mangsa kebakaran, rumah orang tua, dan sebagainya. Wang yang kita dermakan itu
boleh membantu mereka untuk menyelesaikan masalah.
Menabung juga boleh melatih kita berjimat-cermat.
Dengan ini, kita tidak akan bersikap boros berbelanja untuk membeli sesuatu
yang tidak penting. Kita juga boleh menggunakan wang simpanan untuk melanjutkan
pelajaran ke menara gading. Dengan ini, masa depan kita akan terjamin.
Bak kata perpatah “sediakan payung sebelum
hujan”. Saya berharap orang ramai akan mengamalkan sikap menabung kerana
menabung mempunyai banyak faedah.
Contoh Karangan - Laporan
Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan
lawatan ke sebuah kilang mengetin nanas. Sebagai setiausaha
persatuan, kamu dikehendaki menulis satu laporan tentang
lawatan tersebut.
Laporan
Lawatan ke Kilang Mengetin Nanas
Pada 12 Mei 2012 yang lalu, Persatuan
Sains sekolah saya telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang mengetin nanas di
Pontian, Johor. Rombongan kami terdiri daripada 30 orang ahli dan diketuai oleh
tiga orang guru. Kami ke sana dengan menaiki bas yang disewa khas.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah
untuk melihat bagaimana cara-cara mengetin nanas. Kami bertolak ke sana pada
pukul 8.00 pagi dan tiba di sana pada pukul 10.00 pagi.
Apabila tiba di sana,kami telah
disambut oleh seorang pegawai perhubungan awam. Sebelum melawat, kami diberi
taklimat oleh pegawai perhubungan awam itu. Beliau juga menasihati kami supaya
jangan menyentuh mesin-mesin di kilang itu dan sentiasa berada di dalam
kumpulan.
Semasa melawat, pegawai itu telah
memberi penerangan yang jelas kapada kami. Semua soalan yang kami tanya dijawab
oleh pegawai itu dengan jelas.
Selapas melawat,kami telah dijemput
ke sebuah bilik rehat untuk menikmati jamuan. Kemudian, pegawai itu telah
menghadiahkan setin nanas kepada setiap orang.
Kami berasa sangat gembira kerana
dapat melihat cara-cara mengetin nanas. Sebelum pulang, kami mengucapkan terima
kasih kepada pegawai itu.
Disediakan oleh, 18 MEI 2012
____________________
(LEE ZI YING)
Setiausaha,
Persatuan Sains
S J K(C) Kampung Baru Gedok
Subscribe to:
Posts (Atom)