Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Thursday 13 December 2012

Contoh Jawapan Bahagian C












Bil
Aktiviti
Nilai Murni / Pengajaran
1.
…. memperoleh alamat pemilik dompet itu. Ah Kaw s memandu teksinya ke alamat yang terdapat ….

bersikap jujur / tulus / amanah
2.
…. terus memulangkan dompet tersebut kepada pemiliknya ….

bertanggungjawab

3.
…. Pemilik dompet itu mengucapkan terima kasih ….

bersyukur
4.
…. pemilik dompet itu memberikan sedikit sagu hati kepada Ah Kaw tetapi Ah Kaw menolak pemberian itu kerana dia ikhlas membantu.

bersikap ikhlas


JAWAPAN:
      Kita mestilah bersikap amanah dengan tidak mengambil barang bukan milik kita supaya dipercayai orang. Selain itu, kita hendaklah bertanggungjawab dengan memulangkan barang yang kita temui / jumpai kepada pemiliknya supaya disukai orang.  Seterusnya, kita patutlah bersyukur dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah / pernah menolong kita. Akhir sekali, kita sewajarnya bersikap ikhlas ketika membantu seseorang dengan tidak mengharapkan balasan.

Contoh Jawapan Bahagian A


FN
FK
FN
lelaki
menelefon
-balai bomba
lelaki
memadamkan
api
wanita
mendukung
anaknya
perempuan
cuba menenangkan
wanita
lelaki
berlari
-membawa barang-barang








Contoh Jawapan :    (Kebakaran)
1.      Seorang lelaki menelefon ke balai bomba setelah melihat sebuah rumah papan terbakar di Kampung Sedeli dengan telefon bimbitnya.
2.      Tiga orang penduduk kampong cuba memadamkan api yang marak itu dengan air.
3.      Seorang wanita yang mendukung anaknya itu menangis dengan sedih apabila melihat rumahnya terbakar.
4.      Seorang  perempuan cuba menenangkan wanita yang menangis itu kerana rumahnya terbakar.
5.      Beberapa orang lelaki berlari sambil membawa barang-barang yang berjaya diselamatkan.

Monday 10 December 2012

Contoh Karanagan - Cerita Pengalaman


Kamu sekeluarga telah menyertai Sambutan Hari Keluarga. Ceritakan pengalaman kamu itu.

     Pada hari minggu yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke Taman Tasik Titiwangsa untuk menyambut Hari Keluarga. Kami ke sana dengan menaiki kereta ayah. Apabila tiba di sana, ayah terus mendaftarkan nama dan diberikan nombor untuk acara cabutan nombor bertuah.

     Acara pertama pada hari itu ialah acara sukaneka. Terdapat banyak acara sukaneka. Antaranya ialah meniup belon, berlari dalam guni, tarik tali, menganyam ketupat, mencari gula-gula di dalam tepung, dan sebagainya.

     Kami telah mengambil bahagian dalam acara berlari dalam guni dan mencari gula-gula di dalam tepung. Kami telah mendapat naib johan dalam acara berlari dalam guni dan mendapat johan dalam acara mencari gula-gula di dalam tepung. Kami berasa sangat gembira.

     Ibu dan bapa pula mengambil bahagian dalam pertandingan karaoke. Sebanyak 20 orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Suara kebanyakan peserta sungguh merdu. Kami beradik-adik telah memberi sokongan kepada ibu bapa. Akhirnya, mereka telah berjaya memenangi pertandingan itu.

     Selepas semua acara itu tamat, satu jamuan ringan telah diadakan. Para pengunjung menikmati juadah yang dihidangkan. Selepas itu, kemuncak sambutan Hari Keluarga adalah acara cabutan nombor bertuah. Acara itu memang ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Kami sangat bertuah kerana telah memenangi sebuah hamper.

     Sebelum pulang, semua peserta menangkap gambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Saya berasa sangat gembira kerana berpeluang menyertai sambutan Hari Keluarga. Walaupun penat tetapi hatiku berasa sangat gembira kerana pulang dengan membawa banyak hadiah yang besar.

Contoh Karangan - Dialog



Kamu seorang wartawan majalah sekolah. Kamu diminta menemu ramah seorang pelajar yang telah Berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR. Tulis temu ramah itu selengkapnya.


          Seorang pelajar yang belajar di SJK(C) Kampung Baru Gedok telah berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR. Pelajar tersebut bernama Fong Yu Qing.


Man Yi             :
Selamat pagi. Saya ialah wartawan majalah sekolah SJK(C) Kampung Baru Gedok. Nama saya ialah Wan Man Yi.

Yu Qing            :
Selamat pagi. Bolehkah saya tolong?

Man Yi             :
Saya ingin menemu ramah dengan saudari. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari kerana memperolehi 7A dlam peperiksaaan UPSR.

Yu Qing            :
Terima kasih.
Man Yi             :
Apakah perasaan saudari selepas mendapat 7A?

Yu Qing            :
Saya berasa sangat gembira sebab saya tidak sangka akan mendapat 7A.

Man Yi             :
Bagaimanakah saudari membuat persediaan?
Yu Qing            :
Saya menyediakan jadual waktu belajar sendiri dan sentiasa belajar dengan mengikuti jadual itu.

Man Yi             :
Bagaimanakah saudari membahagikan masa belajar saudari?
Yu Qing            :
Pada waktu pagi dan malam, saya belajar. Pada waktu petang pula, saya menghadiri kelas tambahan, membuat kerja sekolah, dan bermain.

Man Yi             :
Apakah cara saudari untuk belajar?
Yu Qing            :
Terdapat banyak cara untuk belajar. Antaranya adalah apabila guru sedang mengajar, saya sentiasa menumpukan perhatian. Selain itu, saya juga mengulang kaji pelajaran pada setiap hari, apabila saya menghadapi masalah dalam pelajaran, saya akan menanya guru atau kawan, dan membuat banyak latihan. Di samping itu, saya juga banyak membaca buku rujukan dan membuar perbincangan dalam kumpulan dengan kawan-kawan.

Man Yi             :
Wah, saudari sungguh hebat! Siapakah yang selalu memberi galakan kepada saudari?
Yu Qing            :
Ibu bapa dan guru-guru saya.
Man Yi             :
Apakah cita-cita saudari?
Yu Qing            :
Saya bercita-cita hendak menjadi seorang doktor.
Man Yi             :
Semoga saudari berjaya.
Yu Qing            :
Terima kasih.

Contoh Karangan - Fakta


Murid-murid digalakkan menabung. Tulis sebuah karangan tentang faedah-faedah menabung.

Jenis :Fakta

Pendahuluan:
- amalan -
- digalakkan – sejak -
- menyimpan – bank - tabung.

Isi-isi:
1. – faedah
- Antaranya – wang – digunakan- 
  kecemasan /  /terdesak -
- Contohnya – menghidapi -, 
- simpanan -  membayar kos -

2. – Selain - , wang/memudahkan – 
       berbelanja - membeli – dihajati 
      - buku rujukan, komputer, -      
- Dengan -, - perlu bergantung 
   – meringankan -- juga 
– menggunakan – simpanan
  - membayar  yuran persekolahan
3. – Di -, - menderma – menghadapi 
     - seperti rumah anak yatim, 
        mangsa banjir. - kebakaran, 
        rumah - tua, -     
- wang – dermakan – membantu -
   Menyelesaikan -
4. – Menabung – melatih
      - berjimat-cermat.
– Dengan -, - bersikap boros 
  – membeli -  penting
– menggunakan – simpanan 
   - melanjutkan  pelajaran 
- universiti/menara gading
-- Dengan -, masa depan – terjamin.

Penutup:
-Bak – perpatah “Sediakan payung
  sebelum   hujan”
- berharap – ramai - mengamalkan 
   sikap  menabung - faedah



     Menabung ialah amalan baik. Oleh itu, kita digalakkan menabung sejak kecil. Kita boleh menyimpan wang di dalam bank atau tabung.
     Menabung mempunyai banyak faedah. Antaranya ialah wang simpanan boleh digunakan semasa kecemasan atau terdesak. Contohnya apabila menghidapi penyakit, wang simpanan boleh digunakan untuk membayar kos perubatan.
     Selain itu, wang simpanan boleh memudahkan kita berbelanja untuk membeli sesuatu barang yang dihajati seperti buku rujukan, komputer, basikal, dan lain-lain lagi. Dengan ini, kita tidak perlu bergantung kepada ibu bapa dan dapat meringankan beban mereka. Kita juga boleh menggunakan wang simpanan untuk membayar yuran persekolahan.
     Di samping itu, kita boleh mendermakan wang kepada orang yang menghadapi masalah seperti rumah anak yatim, mangsa banjir, mangsa kebakaran, rumah orang tua, dan sebagainya. Wang yang kita dermakan itu boleh membantu mereka untuk menyelesaikan masalah.
     Menabung juga boleh melatih kita berjimat-cermat. Dengan ini, kita tidak akan bersikap boros berbelanja untuk membeli sesuatu yang tidak penting. Kita juga boleh menggunakan wang simpanan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Dengan ini, masa depan kita akan terjamin.
     Bak kata perpatah “sediakan payung sebelum hujan”. Saya berharap orang ramai akan mengamalkan sikap menabung kerana menabung mempunyai banyak faedah.

Contoh Karangan - Laporan


Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang mengetin nanas. Sebagai setiausaha persatuan, kamu dikehendaki menulis satu laporan tentang lawatan tersebut.


Laporan Lawatan ke Kilang Mengetin Nanas

            Pada 12 Mei 2012 yang lalu, Persatuan Sains sekolah saya telah mengadakan lawatan ke sebuah kilang mengetin nanas di Pontian, Johor. Rombongan kami terdiri daripada 30 orang ahli dan diketuai oleh tiga orang guru. Kami ke sana dengan menaiki bas yang disewa khas.
            Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat bagaimana cara-cara mengetin nanas. Kami bertolak ke sana pada pukul 8.00 pagi dan tiba di sana pada pukul 10.00 pagi.
            Apabila tiba di sana,kami telah disambut oleh seorang pegawai perhubungan awam. Sebelum melawat, kami diberi taklimat oleh pegawai perhubungan awam itu. Beliau juga menasihati kami supaya jangan menyentuh mesin-mesin di kilang itu dan sentiasa berada di dalam kumpulan.
            Semasa melawat, pegawai itu telah memberi penerangan yang jelas kapada kami. Semua soalan yang kami tanya dijawab oleh pegawai itu dengan jelas.
            Selapas melawat,kami telah dijemput ke sebuah bilik rehat untuk menikmati jamuan. Kemudian, pegawai itu telah menghadiahkan setin nanas kepada setiap orang.
            Kami berasa sangat gembira kerana dapat melihat cara-cara mengetin nanas. Sebelum pulang, kami mengucapkan terima kasih kepada pegawai itu.

Disediakan oleh,                                                                                        18 MEI 2012
____________________
(LEE ZI YING)
Setiausaha,
Persatuan Sains
S J K(C) Kampung Baru Gedok