Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Thursday 29 November 2012

Contoh Karangan - Surat Kiriman Tidak Rasmi


Tulis sepucuk surat kepada sahabat anda untuk menceritakan pengalaman anda sekeluarga bercuti di kampung.

Jenis : Surat Kiriman Tidak Rasmi

Pendahuluan:
- alamat penulis / sendiri
- tarikh
- kata pengantar – Menemui 
    sahabatku, …
- kata panggilan

Isi-isi:
1. – bertanya khabar
- berharap – keadaan sihat 
   walafiat
- keluarga – keadaan 
   sihat-sihat belaka
2. – tujuan – menulis – adalah 
     – menceritakan– bercuti –kampung
- kampung nenek – cuti sekolah 
 – lalu- berada – kampung 
  – selama – hari
3. – udara – nyaman
– pagi – kedengaran – berkicauan
- datuk membawa - dusunnya
- kebetulan – masa – musim 
   buah-buahan
- dusun – pelbagai jenis 
– durian, rambutan, manggis,
  langsat, pisang, -
- membantu – mengutip durian 
– memetik rambutan
- makan – sepuas-puasnya.
4. – petang, - membawa 
     – memancing  – sungai
    - mengajar – membuat 
       layang-layang
- bermain – tanah lapang
- memasak lauk-pauk –enak
     - pernahkah – pergi – rumah
       nenek / datuk

Penutup:
- sampai – sahaja - coretkan
- sampaikan – salam mesra 
– keluarga –
- tandatangan


                                                                                                        Gan Lin
                                                                                                        4898, Taman Regent,
                                                                                                        73200 Gemencheh,
                                                                                                        Negeri Sembilan.
                                                           
                                                                                                        18 OKTOBER 2010

            Menemui sahabatku, Lili yang kini berada di Kanada dengan selamatnya.

Saudari,

            Apa khabar, saudari? Saya berharap saudari berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya dan keluarga di sini juga berada dalam keadaan sihat-sihat belaka.
           
            Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya dan sekeluarga bercuti di kampung. Saya bercuti di kampung nenek pada cuti sekolah yang lepas. Saya berada di kampung nenek selama lima hari.

            Udara di sini sangat nyaman. Setiap pagi kedengaran burung berkicauan. Setiap hari, datuk membawa saya dan adik ke dusunnya. Kebetulan pada masa itu ialah musim buah-buahan. Di dalam dusun datuk terdapat pelbagai jenis buah-buahan seperti durian, rambutan, pisang, manggis, dan lain-lain lagi. Saya dan adik membantu datuk mengutip durian dan memetik rambutan. Kemudian, kami makan buah-buahan dengan sepuas-puasnya.

            Pada waktu petang, datuk membawa saya memancing ikan di tepi sungai yang terletak di belakang rumah nenek. Selain itu, datuk juga mengajar saya membuat layang-layang. Kemudian, kami bermain layang-layang di tanah lapang. Nenek juga telah memasak lauk-pauk yang enak untuk kami. Oh, ya, adakah saudari pernah pergi ke rumah nenek saudari?

            Sampai di sini sahaja saya coretkan. Sampaikan salam mesra saya kepada keluarga saudari.

                                                                                                                                                                          
                                                                                                           Sahabatmu,
                                                                                                           Gan Lin

Contoh Karangan - Temu Ramah


Kamu dikehendaki menemu ramah seorang tokoh sukan di sekolah kamu. Tuliskan temu ramah kamu itu.

Jenis : Temu Bual / Wawancara

Pendahuluan:
-- Selamat pagi -
-- Selamat pagi.

Isi-isi:
1. – Terlebih – tahniah – syabas 
       –ucapkan – berjaya – johan 
      – acara lari pecut 100 meter
        - kejohanan olahraga MSSM 
       baru-baru -
- Terima -

2. – Bolehkah – ceritakan  perasaan 
    – sebaik –       memenangi -
- Sebenarnya – tidak menyangka
  – johan –  berasa - terkejut

3. – bagaimana – begitu?
- menjangka – persaingan – sengit 
 – pemenang tahun  lepas – berlumba 
– cabaran langsung – mudah
  sahaja - johan

4. – Berapakah masa – catatkan 
    – perlumbaan -– 10.7 saat
    – rekod – baru?
- Tidak – tahun 2008, ? 
 –mencatat 10.3 saat

5. – sekarang – cita-cita – seterusnya?
- bercita-cita – meningkatkan diri 
– baik lagi – mewakili negara - nanti

Penutup:
- berharap – berjaya mencapai – Akhir - 
 terima kasih –  sudi – ditemu ramah
- Sama-sama


Zi Lin :
Selamat pagi, saudari Mary.

Mary  :
Selamat pagi.

Zi Lin :
Terlebih dahulu, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada saudari kerana telah berjaya menjadi johan dalam acara lari pecut 100 meter dalam kejohanan olahraga MSSM baru-baru ini.

Mary  :
Terima kasih.

Zi Lin :
Bolehkah saudari ceritakan perasaan saudari sebaik sahaja memenangi johan?

Mary  :
Sebenarnya, saya tidak menyangka akan menjadi johan. Saya berasa sangat terkejut.

Zi Lin :
Bagaimana pula begitu?

Mary  :
Saya menjangka akan mendapat persaingan yang sengit daripada pemenang tahun lepas tetapi semasa berlumba tidak ada cabaran langsung. Oleh itu, dengan mudah sahaja saya menjadi johan.

Zi Lin :
Berapakah masa yang saudari catatkan dalam perlumbaan tersebut?

Mary  :
10.7 saat.

Zi Lin :
Adakah ini suatu rekod yang baharu?

Mary  :
Tidak. Pada tahun 2008, Devi telah mencatat 10.3 saat.
Zi Lin :
Jadi sekarang apakah cita-cita saudari seterusnya?
Mary  :
Saya bercita-cita untuk meningkatkan  diri dengan lebih baik lagi dan mewakili negara suatu hari nanti.
Zi Lin :
Saya berharap saudari akan berjaya mencapai cita-cita tersebut. Akhir kata, terima kasih kerana sudi untuk ditemu ramah.
Mary  :
Sama-sama.

Sunday 25 November 2012

Contoh Karangan - Melengkapkan Cerita


Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah.
“……saya pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya berharap majlis hari jadi saya akan meriah seperti itu juga.”

    Pada hari minggu yang lalu, saya telah menghadiri majlis hari jadi kawan saya, Veron yang ke-12. Saya pergi ke rumahnya dengan menaiki kereta ayah.
     Apabila sampai di rumah Veron, saya melihat banyak tetamu telah tiba. Veron menyambut kedatangan saya dengan gembira. Saya menghulurkan hadiah sambil mengucapkan selamat hari jadi kepadanya. Dia berterima kasih dan menyuruh saya duduk.
     Ruang tamu rumah Veron telah dihiasi dengan belon-belon dan reben yang berwarna-warni. Saya mendapati terdapat pelbagai jenis juadah yang enak terhidang di atas meja.
     Saya meliaht banyak rakan sekelas telah hadir pada majlis itu. Kami berbual-bual sambil menunggu majlis itu dimulakan. Ester yang pandai berjenaka itu menambahkan kemeriahan majlis itu.
     Tidak lama kemudian, majlis itu pun dimulakan. Kami menyanyi lagu hari jadi sambil bertepuk tangan. Selepas menyanyi, Veron menuip lilin. Ibu bapa Veron memintanya menutup mata. Mereka mengeluarkan seekor anjing dari sebuah bilik. Semasa dia membuka mata, dia mengalirkan air mata tanda gembira kerana sudah lama dia ingin memiliki seekor anjing.
     Sebelum pulang, kami bermain pelbagai jenis permainan dan menikmati juadah yang terhidang. Kemudian, saya pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya berharap majlis hari jadi saya akan meriah seperti itu juga.

Contoh Karangan - Ucapan


Selaku ketua kelas, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan sempena majlis perpisahan rakan sekelas kamu. Tulis ucapan itu selengkapnya.




            Selamat pagi Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.

            Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk berucap di majlis ini. Tujuan kita berkumpul di sini adalah untuk meraikan, Ahmad yang akan berpindah ke sekolah lain.

            Hari ini merupakan hari terakhir Ahmad bersama-sama dengan kita. Dia akan meninggalkan kita kerana dia mahu mengikuti bapanya yang bekerja di Perlis.

            Ahmad ialah seorang murid yang baik hati, rajin, dan suka menolong orang yang menghadapi kesusahan. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Ahmad juga pandai dalam bidang syarahan. Oleh itu, dia selalu mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan.

            Di sini, saya ingin mewakili rakan sekelas yang lain untuk meminta maaf daripada Ahmad jika kami ada melakukan kesalahan atau menyinggung perasaannya. Saya berharap kamu akan mendapat 7A dalam Ujian Penilaian Sekolah rendah.

            Jika kamu ada masa lapang, kamu bolehlah mengirimkan surat kepada kami.

            Sekian, terima kasih.

Thursday 22 November 2012

Nota Ayat Aktif Dan Ayat Pasif

Ayat Aktif 主动句
第一人称和第二人称
Subjek
主语
Kata kerja
动词
Objek
宾语
Frasa Sendi Nama
1. Saya
membaca
novel itu.

2. Kami
membakar
sampah itu.

3. Kamu
menebas
rumput itu?

4. Aku
akan menyertai
pertandingan melukis itu.

5. Beta
akan mempertahankan
permintaan kamu itu.

6. Engkau
harus menjemput
ibu
di stesen bas pada tiga petang ini.
7. Kami
membawa
kanak-kanak yang sesat itu
ke balai polis.

Ayat Pasif 被动句
第一人称和第二人称
Objek
宾语
Subjek
主语
Kata kerja
动词
Frasa Sendi Nama
Novel itu
saya
baca.

Sampah itu
kami
bakar.

Rumput itu
kamu
tebas?

Pertandingan melukis itu
akan aku
serta.

Permintaan kamu itu
akan beta
perkenankan.
允许

Ibu
harus engkau
jemput
di stesen bas pada pukul tiga petang ini.
Kanak-kanak yang sesat itu
kami
bawa
ke balai polis.

Contoh Karangan - Dialog


Pada suatu petang, kamu telah bertemu dengan seorang rakan lama di sebuah pusat membeli-belah. Kamu dan rakan kamu itu telah berbual-bual tentang persediaan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan menjelang tidak lama lagi. Tuliskan perbualan kamu itu.

Jenis : Dialog / Perbualan

Pendahuluan:
-- khabar – lama – tidak berjumpa 
 – buat sekarang
-- Khabar – sibuk mengulang kaji -

Isi-isi:
1. – begitu – peperiksaan UPSR 
      – menjelang -
- Yalah, - peperiksaan percubaan 
 –amat –mendapat keputusan 7A
2. – Syabas – memberitahu 
      – cara-cara –membuat
       persediaan – peperiksaan -
- Boleh – salahnya – bersedia 
  – awal tahun –menyediakan 
– jadual waktu belajar –
   mengikutinya
3. – begitu – cara-cara – lain -

- banyak – mengulang kaji 
– membuat  – latihan –menumpukan
 – perhatian – guru - mengajar
4. – Apa – buat – menghadapi masalah 
    - pelajaran– bertanya guru 
     – kawan-kawan –
-  menghadiri kelas tambahan?
- Ada – menghadiri kelas 
 – waktu petang- tidak
  pernah ponteng –
5. - banyak membaca – rujukan 
    –Adakah – berbuat –
    - Ada – mengagihkan masa 
    – belajar – berehat - baik

Penutup:
- berazam – mendapat keputusan 
– cemerlang – UPSR   
  - Semoga – begitu
- Terima – Eh, masa – lewat 
 – balik – Jumpa -
- Jumpa -

Zi Lin :
Apa khabar, Jia Min? Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa kamu sedang buat sekarang.

Jia Ming:
Khabar baik. Saya sedang sibuk mengulang kaji pelajaran.

Zi Lin :
Oh, saya juga begitu kerana Peperiksaan UPSR akan menjelang tidak lama lagi.

Jia Ming:
Yalah, peperiksaan percubaan saya baru tamat. Saya telah mendapat keputusan 7A.

Zi Lin :
Syabas! Bolehkah kamu memberitahu saya cara-cara kamu membuat persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.

Jia Ming
Boleh, apa salahkan. Sebenarnya, saya telah bersedia sejak awal tahun. Mual-mula, saya menyediakan sebuah jadual waktu belajar dan selalu mengikutinya.

Zi Lin :
Oh, begitu! Adakah cara-cara yang lain lagi?

Jia Ming:
Ada banyak! Saya mengulang kaji pelajaran dan menbuat banyak latihan. Selain itu, saya juga menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.

Zi Lin :
Apa yang kamu buat semasa menghadapi masalah dalam pelajaran?

Jia Ming:
Saya akan bertanya guru dan kawan-kawan saya.

Zi Lin :
Adakah kamu menghadiri kelas tambahan?

Jia Ming:
Ada. Saya menghadiri kelas tambahan pada waktu petang. Saya tidak pernah ponteng kelas.

Zi Lin :
Saya banyak membaca buku rujukan. Apakah kamu berbuat demikian.

Jia Ming:
Ada. Saya juga selalu mengagihkan masa untuk belajar dan berehat dengan baik.

Zi Lin :
Saya berazam untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Semoga kamu juga begitu.

Jia Ming:
Terima kasih. Eh, masa sudah lewat. Saya nak balik. Jumpa lagi.
Zi Lin :
Jumpa lagi.

Contoh Karangan - Autografi


Aku Sebuah Kereta

            Saya bernama Proton Myvi. Saya dilahirkan di sebuah kilang  yang terletak di Shah Alam. Tubuh saya diperbuat daripada  besi.  Tubuhku berwarna biru.
            Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan telah dihantar kepada agen-egen menjual kereta di Johor Bahru dengan sebuah lori. Apabila tiba di kedai itu, kami  dipamerkan di kedai menjual kereta itu.
            Saya berharga RM50,000.00. Saya adalah model yang tercantik di antara kawan-kawan saya yang lain di kedai itu.
            Dua minggu kemudian, datang seorang wanita ke kedai menjual kereta itu. Dia ingin membeli sebuah kereta. Setelah melihat-lihat kami, akhirnya saya  telah dipilihnya kerana kecantikanku.
Tuan saya bernama Siti. Dia ialah seorang doktor. Setiap hari, dia menggunakan saya untuk berulang-alik dari rumah ke hospital. Kadang-kadang, dia juga menggunakan saya untuk membawa keluarganya pergi bersiar-siar.
            Tuan saya sangat menyayangi saya. Dia sentiasa mencuci dan membersihkan badan saya. Saya berasa sangat gembira kerana mempunyai seorang tuan yang begitu baik. Saya berharap dapat berkhidmat untuk tuan saya sehingga akhir hayat.

Sunday 18 November 2012

Contoh Karangan - Cerita Pengalaman


Sewaktu anda pulang dari sekeloh, anda terlihat sebuah lori sampah sedang membuang sampah ke dalam sungai. Nyatakan tindakan yang anda lakukan.


     Pada hari Jumaat yang lalu, saya berbasikal pulang dari sekolah bersendirian. Tiba-tiba, saya ternampak sebuah lori sampah sedang menuju ke arah sebatang sungai yang terletak di hujung kampung.

     Tidak lama kemudian, lori sampah itu berhenti di tepi sungai itu. Saya cepat-cepat bersembunyi di sebalik semak-semak untuk mengintai gerak-geri mereka. Saya mendapati mereka sedang membuang sampah ke dalam sungai itu.

     Saya segera membuat keputusan untuk memberitahu ketua kampung. Beliau telah membawa saya ke balai polis untuk membuat laporan. Saya memberitahu seorang pegawai polis tentang kejadian itu.

     Setelah itu, beberapa orang pegawai polis mengejar ke tempat kejadian itu dengan segera. Apabila kami tiba di sana, pemandu lori sampah itu dan kawan-kawannya cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Akhirnya, mereka berjaya ditangkap oleh pegawai polis.

     Pihak polis telah mendenda mereka seebanyak RM5000 dan memberi amaran kepada mereka supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut. Mereka menyesal dan mengaku kesalahan yang mereka lakukan. Mereka juga berjanji akan membersihkan sungai itu.

     Ketua kampung dan pengawai polis telah memuji keberanian saya. Saya berasa sangat gembira kerana dapat mengelakkan sungai itu daripada tercemar. Selepas itu, saya pun pulang ke rumah.