Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Sunday 25 November 2012

Contoh Karangan - Melengkapkan Cerita


Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah.
“……saya pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya berharap majlis hari jadi saya akan meriah seperti itu juga.”

    Pada hari minggu yang lalu, saya telah menghadiri majlis hari jadi kawan saya, Veron yang ke-12. Saya pergi ke rumahnya dengan menaiki kereta ayah.
     Apabila sampai di rumah Veron, saya melihat banyak tetamu telah tiba. Veron menyambut kedatangan saya dengan gembira. Saya menghulurkan hadiah sambil mengucapkan selamat hari jadi kepadanya. Dia berterima kasih dan menyuruh saya duduk.
     Ruang tamu rumah Veron telah dihiasi dengan belon-belon dan reben yang berwarna-warni. Saya mendapati terdapat pelbagai jenis juadah yang enak terhidang di atas meja.
     Saya meliaht banyak rakan sekelas telah hadir pada majlis itu. Kami berbual-bual sambil menunggu majlis itu dimulakan. Ester yang pandai berjenaka itu menambahkan kemeriahan majlis itu.
     Tidak lama kemudian, majlis itu pun dimulakan. Kami menyanyi lagu hari jadi sambil bertepuk tangan. Selepas menyanyi, Veron menuip lilin. Ibu bapa Veron memintanya menutup mata. Mereka mengeluarkan seekor anjing dari sebuah bilik. Semasa dia membuka mata, dia mengalirkan air mata tanda gembira kerana sudah lama dia ingin memiliki seekor anjing.
     Sebelum pulang, kami bermain pelbagai jenis permainan dan menikmati juadah yang terhidang. Kemudian, saya pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya berharap majlis hari jadi saya akan meriah seperti itu juga.

5 comments: