Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Wednesday, 5 December 2012

Latihan Ayat Aktif Dan Ayat Pasif



Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

1. Tukang rumah membina pondok kecil itu.
     
    A.  Rumah dibina oleh tukang pondok itu.
B.  Pondok itu dibina oleh tukang rumah
     kecil.
   C.  Rumah pondok kecil itu dibina oleh
        Tukang.
   D.  Pondok kecil itu dibina oleh tukang
         Rumah.

2. Seorang pelukis yang muda melukis
gambar itu.

A.    Gambar yang muda itu dilukis oleh seorang pemuda.
B.    Gambar itu dilukis oleh yang muda seorang.
C.   Gambar itu dilukis oleh seorang pelukis yang muda.
D.   Pelukis yang muda itu dilukis oleh seorang gambar.

3. Bapa Ahmad membersihkan kawasan
rumah.

A.    Kawasan dibersihkan rumah oleh
bapa Ahmad.
B.    Kawasan dibersihkan oleh rumah bapa Ahmad.
C.   Rumah bapa Ahmad dibersihkan oleh kawasan itu.
D.   Kawasan rumah dibersihkan oleh bapa Ahmad.

4. Ali membaca buku cerita itu semalam.

    A.  Buku cerita semalam dibaca oleh Ali.
B.  Buku cerita dibaca oleh Ali semalam
      itu.
C.  Buku cerita itu dibaca oleh Ali
     semalam.
   D. Oleh semalam buku cerita itu dibaca
         Ali.

5. Semua penunggang motosikal memakai
topi keledar.

A.    Topi keledar dipakai oleh semua penunggang motosikal.
B.    Topi keledar penunggang dipakai oleh semua.
C.   Topi keledar motosikal dipakai oleh semua penunggang.
D.   Topi keledar dipakai oleh penunggang semua motosikal.

6. Polis akan menangkap perompak itu.

A.    Perompak akan ditangkap oleh polis
itu.
B.    Perompak itu akan polis menangkap.
C.   Perompak itu akan ditangkap oleh polis.
D.   Perompak polis itu oleh akan ditangkap.

7. Siti menjumpai benda itu semasa berjalan
    ke pasar.

A.    Semasa benda itu dijumpa oleh Siti berjalan ke pasar.
B.    Semasa berjalan ke pasar benda dijumpa oleh siti itu.
C.   Benda itu dijumpa oleh Siti semasa berjalan ke pasar.
D.   Benda pasar itu dijumpa oleh Siti semasa berjalan.

8. Harimau menyerang arnab yang lemah
     itu.

A.    Arnab itu dierang oleh harimau yang
      lemah.
B.    Arnab yang lemah diserang oleh harimau.
C.   Arnab yang lemah itu diserang oleh harimau.
D.   Arnab diserang oleh itu harimau yang lemah.

9. Pelawat-pelawat sedang membeli barang
    itu.

A.    Barang itu dibeli oleh sedang pelawat-
pelawat.
B.    Barang dibeli oleh sedang pelawat-pelawat itu.
C.   Barang sedang dibeli oleh pelawat-pelawat.
D.   Barang itu sedang dibeli oleh pelawat-pelawat.

10. Murid-murid menyimpan buku di dalam
      laci.

A.    Buku disimpan di dalam laci oleh
murid-murid.
B.    Buku disimpan oleh murid-murid di dalam laci.
C.   Buku murid-murid disimpan di dalam laci.
D.   Buku di dalam laci disimpan oleh murid-murid.

11. Saya melambungkan bola kepada Chee
      Eng.

A.    Chee Eng dilambungkan bola oleh saya.
B.    Chee Eng bola dilambungkan oleh saya.
C.   Bola saya lambungkan kepada Chee Ming.
D.   Bola dilambungkan oleh saya kepada Chee Eng.

12. See Heng memakai sebuah jam tangan
      yang cantik.

A.    Sebuah jam tangan yang cantik dipakai oleh See Heng.
B.    Sebuah jam tangan dipakai oleh See Heng yang cantik.
C.   Sebuah jam tangan dipakai oleh cantik yang See Heng.
D.   Sebuah jam See Heng dipakai oleh tangan yang cantik.

13. Puan Rosnah menyimpan wang dalam
      bank.

A.    Wang disimpan oleh Puan Rosnah dalam bank.
B.    Wang disimpan dalam bank Puan Rosnah.
C.   Wang bank disimpan oleh Puan Rosnah.
D.   Wang dalam bank disimpan oleh Puan Rosnah.

14. Dia menambat lembu itu pada sepohon
      pokok.

A.    Lembu itu ditambatnya pada sepohon pokok.
B.    Lembu ditambatnya pada sepohon pokok itu.
C.   Lembu ditambatnya pokok itu pada sepohon.
D.   Lembu itu ditambatnya pada pokok sepohon.

15. Ramai orang telah menyaksikan
      pertunjukan itu.

A.    Pertunjukan itu telah disaksikan oleh ramai orang.
B.    Pertunjukan ramai telah disaksikan oleh itu.
C.   Ramai pertunjukan itu telah disaksikan oleh orang.
D.   Pertunjukan itu telah disaksikan oleh ramai orang.

16. Murid itu telah dipuji oleh cikgu.

A.    Cikgu telah memuji murid itu.
B.    Cikgu itu telah memuji murid.
C.   Telah Cikgu memuji murid itu.
D.   Cikgu memuji murid itu telah.

17. Kelapa-kelapa itu telah dipetik oleh
      monyet.

A.    Monyet memetik telah kelapa-kelapa.
B.    Kelapa-kelapa itu telah memetik monyet.
C.   Monyet itu telah memetik kelapa-kelapa.
D.   Monyet telah memetik kelapa-kelapa itu.

18. Kad Tahun Baru Cina itu telah diterima
      oleh Chee Keng.

A.    Cina Chee Keng telah menerima Kad Tahun Baru.
B.    Chee Keng menerima Kad Tahun Baru telah Cina.
C.   Chee Keng baru telah menerima Kad Tahun Cina.
D.   Chee Keng telah menerima Kad Tahun Baru Cina itu.

19. Gambar itu dilukis oleh Maniam selepas
      makan malam.

A.    Selepas makan malam Maniam melukis gambar itu.
B.    Maniam selepas makan malam melukis gambar itu.
C.   Selepas makan malam gambar itu melukis Maniam.
D.   Selepas makan malam itu Maniam melukis gambar.

20. Bendera dinaikkan oleh pengawas
      sekolah pada tiap-tiap hari Isnin.

A.    Pada tiap-tiap hari Isnin pengawas menaikkan bendera sekolah.
B.    Pada tiap-tiap hari Isnin pengawas sekolah menaikkan bendera.
C.   Pengawas sekolah menaikkan tiap-tiap bendera pada hari Isnin.
D.   Pengawas sekolah menaikkan pada tiap-tiap hari Isnin bendera.


Latihan Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.



1. Kata Muthu,”Emak saya guru,”

A.    Muthu berkata bahawa emaknya guru.
B.    Muthu berkata bahawa emak guru.
C.   Muthu berkata bahawa emak saya guru.
D.   Muthu berkata emak dia guru.

2. Cikgu berkata,”Seng Kuang, padamkan
      papan hitam.”

A.    Cikgu berkata kepada Seng Kuang padamkan papan hitam.
B.    Cikgu Seng Kuang berkata memadamkan papan hitam.
C.   Cikgu Seng Kuang berkata memadamkan papan hitam.
D.   Cikgu menyuruh Seng Kuang memadamkan papan hitam.

3. “Maafkan saya, mak,” kata Ali.

A.    Ali meminta emaknya memaafkannya.
B.    Ali meminta emaknya memaafkannya.
C.   Ali meminta emaknya memaafkan saya.
D.   Ali meminta supaya emaknya dimaafkan.

4. “Sayalah yang melakukan perkara itu,”
      kata Ahmad.   

A.    Ahmad dialah berkata melakukan perkara itu.
B.    Ahmad berkata bahawa dialah yang melakukan perkara itu.
C.   Ahmadlah yang melakukan perkara itu, katanya.
D.   Ahmad berkata bahawa sayalah yang melakukan perkara itu.

 5. “Mengapa kamu tidak mahu mengambil
        bahagian, Lee?” kata Basli. 

A.    Basli mengatakan bahawa Lee tidak mahu mengambil bahagian.
B.    Basli menyuruh Lee tidak mahu mengambil bahagian.
C.   Basli bertanya kepada Lee mengapa dia tidak mahu mengambil bahagian.
D.   Basli tahu mengapa Lee tidak mahu mengambil bahagian.

 6. Kata Ah Moi kepada Aminah,”Ajarlah
       saya.” 

A.    Aminah minta pengajaran daripada Ah
      Moi.
B.    Aminah diajar oleh Ah Moi.
C.   Ah Moi meminta Aminah mengajarnya.
D.   Ah Moi suka mengajar Aminah.

7. Ah Hock berkata kepada kawannya,
      “Mari kita pergi ke kedai buku.”  

A.    Ah Hock menyuruh kawannya pergi ke kedai buku.
B.    Ah Hock mengajak kawannya pergi ke kedai buku.
C.   Ah Hock dan kawannya diajak pergi ke kedai buku.
D.   Ah Hock melarang kawannya pergi ke kedai buku.

8. Kata bapa,”Kau buatlah kerja itu
      sehingga selesai.”  

A.    Bapa menyuruh anak buatlah kerja itu sehingga selesai.
B.    Bapa menyuruh saya membuat kerja itu sehingga selesai.
C.   Bapa menyuruh saya dibuat kerja itu sehingga selesai.
D.   Saya meminta bapa membuat kerja itu sehingga selesai.

9.  Kata Kok Kin kepada adiknya,”Jangan
         bermain di situ.”

A.    Adik melarang Kok Kin bermain di situ.
B.    Adik melarang bermain Kok Kin di situ.
C.   Kok Kin melarang di situ bermain adiknya.
D.   Kok Kin melarang adiknya bermain di situ.

10. “Ali, di mana Chee Hock,” kata Aminah.

A.    Aminah bertanya kepada Ali di mana Chee Hock.
B.    Aminah bertanya kepada Chee Hock di mana Ali.
C.   Aminah bertanya di mana Ali dan Chee Hock.
D.   Aminah bertanya Ali dan Chee Hock.


11. Kakak menyuruh Aminah pergi membeli
      garam di kedai.
 
A.    Kakak berkata, “Aminah, kakak pergi beli garam di kedai.”
B.    Kakak berkata, “Aminah, pergi beli garam di kedai.”
C.   Kakak bertanya, “Aminah suka membeli garamkah?”
D.   Kakak bertanya, “Aminah suka pergi ke kedai, tak?”

12. Kee Heng berharap supaya dia tidak
      dihukum kerana sebenarnya dia tidak
      bersalah.
 
A.    Kee Heng berkata,”Janganlah hukum saya. Sebenarnya saya tidak bersalah.”
B.    Kee Heng berkata,”Sebenarnya saya tidak dihukum kerana dia tidak bersalah.”
C.   Kee Heng berkata, “Janganlah hukumnya. Sebenarnya dia tidak bersalah.”
D.   Kee Heng berkata,”Saya dihukum kerana saya tidak bersalah.”

13. “Saya telah membeli tiga batang pensel,”
       kata Rahim.

A.    Rahim berkata bahawa saya telah membeli tiga batang pensel.
B.    Saya berkata bahawa Rahim telah membeli tiga batang pensel.
C.   Rahim berkata bahawa dia telah membeli tiga batang pensel.
D.   Rahim berkata bahawa dia ada tiga batang pensel.

14. Bapa menyuruh Nathan memasukkan
      beg itu ke dalam kereta.  

A.    “Nathan, masukkan beg itu ke dalam kereta,” kata bapa.
B.    “Bapa, masukkan beg itu ke dalam kereta,” kata Nathan.
C.   “Bolehkah beg itu dimasukkan ke dalam kereta,” tanya bapa.
D.   “Bolehkah beg itu dimasukkan ke dalam kereta, bapa,” kata Nathan.

15.  Siti bertanya kepada Liza mengapa Ali
       menangis.

A.    Siti berkata, “Liza, mengapa Ali menangis?”
B.    Siti berkata, “Mengapa Liza dan Ali menangis?”
C.   Siti berkata,”Ali, mengapa Liza menangis?”
D.   Siti berkata, “Ali dan Liza, mengapa dia mennangis?”

16. Hong Hui memberitahu abangnya
      bahawa dia telah mandi.

A.    “Saya telah mandi,” kata abang Hong Hui.
B.    “Abang, dia telah mandi,” kata Hong Hui.
C.   “Abang saya telah mandi,” kata Hong Hui.
D.   “Abang, saya telah mandi,” kata Hong Hui.

17. Roslan bertanya kepada Ah kau bila dia
      hendak pergi ke Sarawak.

A.    “Bilakah dia hendak pergi ke Sarawak?” kata Roslan kepada Ah Kau.
B.    “Bilakah awak hendak pergi ke Sarawak?” tanya Roslan kepada Ah Kau.
C.   “Roslan, bilakah awak hendak pergi ke Sarawak?” tanya Ah Kau.
D.   “Siapakah hendak pergi ke Sarawak?” kata Roslan kepada Ah kau.

18. Cikgu menyuruh Talib menyapu lantai.

A.    “Tolong talib sapukan lantai,” kata cikgu.
B.    “Sapukan lantai Talib,” kata cikgu.
C.   ‘Talib, tolong sapukan lantai,” kata cikgu.
D.   “Talib tolong saya sapukan lantai,”kata cikgu.

19. Encik Tan melarang Ali berenang di tasik
    itu.

A.    Kata Encik Tan,”Tolong jangan berenang di tasik ini.”
B.    Kata Encik Tan, “Ali, Jangan berenang di tasik ini.”
C.   Kata Encik Tan,”Ali, sukakah kamu berenang di tasik ini?”
D.   Kata Encik Tan,”Ali selalu berenang di tasik ini.”

20. Su Hai bertanya kepada Kim Eng di
      mana dia bekerja.

A.    “Di mana saya bekerja?” kata Su Hai kepada Kim Eng.
B.    “Di mana Kin Eng bekerja?” kata Su Hai.
C.   “Di mana kamu bekerja?” kata Kim Eng kepada Su Hai.
D.   “Kim Eng, di mana kamu bekerja?” kata Su Hai.