Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Contoh Jawapan Bahagian C


Petikan 1


Bil
Aktiviti
Nilai Murni / Pengajaran
1.
…. berjoging di taman permainan

rajin bersenam / bersukan
2.
…. mengambil tongkat perempuan tua itu lalu diberikan kepadanya.

baik hati / murah hati
3.
….mengucapkan terima kasih ……

bersyukur
4.
…..sudah berjanji dengan ibunya untuk pulang awal.

taat kepada ibu bapa


      Kita mestilah rajin bersenam untuk menjaga kesihatan diri supaya tidak dijangkiti penyakit. Selain itu, kita hendaklah bersikap baik hati dengan menolong orang yang dalam kesusahan. Seterusnya, kita patutlah bersyukur dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita. Akhir sekali, kita sewajarnya taat kepada ibu bapa dengan mendengar kata mereka untuk pulang awal.










Petikan 2

Bil
Aktiviti
Nilai Murni / Pengajaran
1.
…. kami telah bersama-sama menyediakan peralatan perkhemahan ….

bekerjasama
2.
…. Kami tiba di tapak perkhemahan tepat pada pukul 10.00 pagi seperti yang telah dijadualkan.

menepati masa

3.
…. Kami terus menjalankan tugas yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan kami.

menghormati / berdisiplin
4.
…. sebelum pulang kami berkemas dan mengutip sampah di tapak perkhemahan.

menyayangi alam sekitar


JAWAPAN:
      Kita mestilah bekerjasama semasa melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan supaya aktiviti itu dapat dijalankan dengan lancar dan cepat.  Selain itu, kita hendaklah menepati masa apabila mengikuti aktiviti perkhemahan supaya aktiviti itu dapat dijalankan dengan baik. Seterusnya, kita patutlah menghormati ketua kumpulan dengan mematuhi arahannya / berdisiplin dengan mematuhi arahan ketua kumpulan semasa mengikuti perkhemahan. Akhir sekali, kita sewajarnya menyayangi alam sekitar dengan membersihkan semula kawasan tersebut selepas digunakan untuk menjaga kebersihannya.


Petikan 3


Bil
Aktiviti
Nilai Murni / Pengajaran
1.
…. tolong belikan tepung di kedai runcit Park sin. Baiklah, ibu ….

taat
2.
…. Duit baki nanti kamu simpanlah. Tidak mengapalah, ibu kerana Alex masih ada duit belanja lagi. Duit baki itu nanti ibu simpanlah.

ikhlas

3.
…. kamu simpan di dalam tabung. Kamu boleh
gunakan apabila perlu nanti. Jangan membazir dengan membeli barangan yang tidak berfaedah.

berjimat cermat
4.
…. berhati-hati semasa menunggang basikal itu.

berwaspada / berhati-hati

JAWAPAN:
      Kita mestilah taat kepada ibu dengan mematuhi segala perintahnya untuk melakukan apa sahaja yang disuruh.  Selain itu, kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa mengharapkan balasan. Seterusnya, kita patutlah berjimat cermat  dengan menyimpan wang ke dalam tabung untuk digunakan semasa berlaku kecemasan. Akhir sekali, kita sewajarnya berwaspada  semasa menunggang basikal untuk menjaga keselamatan diri.


Petikan 4


Bil
Aktiviti
Nilai Murni / Pengajaran
1.
…. murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Taman Damai akan beratur di tapak perhimpunan ….

berdisiplin
2.
…. menyanyikan lagu Negaraku dan diikuti lagu sekolah dengan bersemangat sekali. Murid-murid juga berdiri tegak ….

semangat patriotik

3.
…. semua murid mendengar apa yang disampaikan oleh Guru Besar dengan teliti.

menghormati
4.
…. mengeluarkan buku dan membacanya sementara menunggu guru masuk ke dalam kelas.

menghargai masa


JAWAPAN:
      Kita mestilah berdisiplin dengan mematuhi  peraturan sekolah supaya disukai orang.  Selain itu, kita hendaklah mempunyai semangat patriotik  dengan berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah.  Seterusnya, kita patutlah menghormati guru besar dengan mendengar ucapannya secara teliti supaya disayanginya.  Akhir sekali, kita sewajarnya menghargai masa dengan membaca sementara menunggu guru  memasuki kelas supaya tidak membuang masa.

No comments:

Post a Comment