Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Contoh Jawapan Bahagian A

Gambar 1

FN
FK
FN
budak perempuan
memungut
tin-tin dan botol-botol kosong
budak perempuan
menuang
air
budak lelaki
membawa
pongkes
lelaki
mendirikan
pondok rehat
lelaki
mengikat
beg plastik sampah

Contoh Jawapan :    (Bergotong-royong Di Tepi Sungai)
1. Dua orang perempuan memungut tin-tin dan botol-botol kosong di tepi 
    sungai dengan bersungguh-sungguh / rajin.
2. Seorang budak perempuan menuang air ke dalam gelas untuk 
    rakan-rakannya yang bergotong-royong.
3. Dua orang budak lelaki membawa sebuah pongkes yang berisi penuh 
   dengan sampah sarap untuk dibuang ke dalam beg plastik yang dipegang    
    oleh rakannya.
4. Dua orang lelaki mendirikan sebuah pondok rehat di tepi sungai supaya 
    orang ramai dapat berehat di pondok itu.
5. Seorang lelaki bertinggung /mencangkung sambil mengikat beg plastik 
    yang penuh berisi sampah itu dengan ketat / teliti.



Gambar 2

FN
FK
FN
Puan Sarah
memegang
bungkusan ikan
Puan Wong
memilih
Ikan
Penjual ikan
menimbang
Ikan
Nancy
memasukkan
buah mangga
Penjual buah-buahan
melayan
pelanggannya


Contoh Jawapan :    (Gerai  Ikan & Buah-buahan Di Pasar)
1.      Puan Sarah memegang bungkusan ikan yang dibelinya daripada penjual /
        peniaga ikan untuk ditimbang.
2.      Puan Wong sedang memilih ikan sambil membimbit sebuah bakul dengan cermat.
3.      Penjual ikan itu menimbang ikan yang dipilih oleh pelanggannya dengan sebuah penimbang secara teliti.
4.      Nancy memasukkan buah manga yang hendak dibelinya ke dalam sebuah beg plastik yang dipegangnya.
5.      Penjual buah-buahan itu melayan pelanggannya dengan ramah / mesra sekali agar pelanggannya berasa selesa semasa membeli-belah.


Gambar 3

FN
FK
FN
Buah nanas
mempunyai
- kegunaan – kehidupan -
Buah nanas
dimakan
- mentah – dijadikan rojak - enak
Buah nanas
diawet
- ditinkan – dijadikan jus -
Buah nanas
dijadikan
jem – disapu –roti - biskut
Buah nanas
digunakan
- menjadi – perasa –membuat -

Contoh Jawapan :    (Kegunaan Buah Nanas)

1.      Buah nanas mempunyai banyak kegunaan kepada manusia dalam kehidupan seharian kita.
2.      Buah nanas boleh dimakan secara mentah atau dijadikan rojak yang enak rasanya.
3.      Buah nanas juga boleh diawet untuk ditinkan dan dijadikan jus nanas yang sedap.
4.      Buah nanas boleh dijadikan jem nanas untuk disapu pada roti atau biskut.
5.      Buah nanas boleh digunakan untuk menjadi bahan perasa ketika membuat kek, pizza atau tat nanas.

Gambar 4

FN
FK
FN
Bahan-bahan
diperlukan
- membuat

Potong
botol minuman

Ambil
bahagian bawah

Tampalkan
kertas pembalut hadiah
Bekas
siap
- digunakan



Contoh Jawapan :    (Membuat Bekas Menyimpan Alat Tulis)
1.      Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat bekas menyimpan alat tulis ialah botol minuman, gam, gunting, pisau, dan kertas pembalut hadiah.
2.      Potong botol minuman kepada dua bahagian dengan sebilah pisau yang tajam.
3.      Ambil bahagian bawah botol minuman yang telah dipotong tadi untuk disapukan dengan gam.
4.      Tampalkan kertas pembalut hadiah mengikut potongan botol minuman yang telah dipotong tadi.
5.      Bekas yang telah siap dihias tadi bolehlah digunakan untuk menyimpan alat-alat tulis.

No comments:

Post a Comment