Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Latihan Imbuhan

      Latihan 1

1. Kasutnya …. putih.

    A. mewarnakan
C. warnakan
    B. berwarna
D. sewarna

2. Dia pergi ke hospital untuk ….  
datuknya.

    A. menziarahi
C. berziarah
    B. diziarahi
D. diziarah

3. Saya …. ribuan terima kasih
kepadanya.

    A. berucap
C. mengucapkan
    B. ucapan
D. terucap

4. Keputusan peperiksaan akan ….
tidak lama lagi.

    A. berumum
C. pengumuman
    B. diumumkan
D. mengumumkan

5. Suatu …. akan diadakan di dewan
sekolah itu.

    A. tunjukkan
C. menunjukkan
    B. tunjukan
D. pertunjukan

6. Bas itu membawa seramai 40
orang …..

    A. penumpang
C. ditumpang
    B. menumpang
D. tumpangan

7. Petani itu sedang ….. padi di
sawah padi.

    A. menuai
C. tuai
    B. dituai
D. dituaikan

8. Dia suka …. lembu dan kambing.

    A. menternak
C. penternak
    B. ternakan
D. seternak

9. Dia mendapat ….. yang kuat
daripada penduduk di kampung itu.

    A. disokong
C. sokongan
    B. menyokong
D. penyokong

10.Adik saya menangis kerana ….
     batu yang tajam.
    A. sepakan
C. bersepak
    B. tersepak
D. kesepakan

11.Murid-murid itu sedang …. bas.

    A. menaikkan
C. kenaikan
    B. menaiki
D. bernaik

12.Dia akan …. di rumah kawannya.

     A. semalam
C. Malam-malam
     B. termalam
D. bermalam

13.Adik saya ….. di Hospital Universiti.

     A. melahirkan
C. dilahirkan
     B. kelahiran
D. berlahir

14.Telur penyu ….. bola pingpong.

    A. sebesar
C. terbesar
    B. dibesarkan
D. membesarkan

15.Misbun pemain badminton yang ….
     di Malaysia.

     A. berkenalan
C. mengenal
     B. dikenali
D. terkenal

16.Pakaian itu …… oleh kakak saya.

    A. berkemas
C. dikemaskan
    B. kekemasan
D. mengemas

17.Chee Boon selalu ….. dengan Eng
     Hock.

     A. berkelahi
C. dikelahi
     B. terkelahi
D. kekelahian

18.Dia ….. sebuah dompet di tepi
 jalan.

     A. berjumpa
C. perjumpaan
     B. terjumpa
D. jumpakan

19.Demam selesema ialah penyakit yang
     …...

     A. menjangkit
C. berjangkit
     B.jangkitan
D. dijangkiti

20.Ibu saya ….. dari tidur apabila adik
saya menangis.

     A. berjaga
C. penjaga
     B. menjaga
D. terjaga


Latihan 2


1. …. negara kita menarik perhatian
para pelancong.

    A. Keindahan
C. Terindah
    B. Mengindahkan
D. Seindah


2. Kami …. ibu bapa kami.

    A. hormat
C. kehormatan
    B. menghormati
D. terhormat

3. Tiap-tiap hari Isnin murid-murid ….
di padang.

    A. berhimpun
C. perhimpunan
    B. menghimpun
D. menghimpunkan

4. En. Lee adalah kawan …. En.Ramu.

    A. berjawat
C. terjawat
    B. jawatan
D. sejawat

5. …. keretanya menyebabkan dia
bersedih hati.

    A. Kehilangan
C. Menghilangkan
    B. Hilang
D. Berhilang

6. ….. lah buku ini sebagai bahan
rujukan.

    A. Menggunakan
C. Penggunaan
    B. Gunakan
D. Berguna

7. Gambar itu ….. pada dinding.

    A. menggantung
C. pergantungan
    B. gantungan
D. tergantung

8. Saya tidak …. soalan itu.

    A. memaham
C. fahamkan
    B. memahami
D.kefahaman

9. Mereka ….. akan mengambil
bahagian dalam pertandingan itu.

    A. seenam
C. terenam
    B. enamkan
D. berenam

10.Bayi itu …. oleh emaknya.

    A. mendukung
C. didukung
    B. berdukung
D. dukungkan


11. Su Mei tidak dapat …. perkataan
      ‘perpustakaan’.

    A. dieja
C. mengeja
    B. bereja
D. ejaan

12. Jeritan budak itu …. dari jauh.

     A. kedengaran
C. mendengar
     B. terdengar
D. pendengaran

13. Di negara kita ….. 13 buah negeri dan 2
      buah Wilayah Persekutuan.

     A. terdapat
C. pendapatan
     B. mendapat
D. pendapat

14. Posmen itu menghulurkan sebuah  …..
      kepada saya.

    A. berbungkus
C. dibungkus
    B. membungkus
D. bungkusan

15. Malaysia sebuah negara yang …. kaum.

     A. membilang
C. bilangan
     B. berbilang
D. terbilang

16. Tolong …… sampah itu ke dalam tong
      sampah.

    A. dibuang
C. terbuang
    B. buangkan
D. membuang

17. Murid-murid sedang ….. kawasan
      sekolah.

     A. bersihkan
C. kebersihan
     B. dibersihkan
D. membersihkan

18. Kamu tidak ….. bermain di dalam bilik itu.

     A. kebenaran
C. dibenarkan
     B. benarkan
D. membenarkan

19. Dia …... wang seringgit kepada penjaga
      itu.

     A. berbayar
C. pembayaran
     B. bayaran
D. membayar

20. ….. murid di sekolah ini datang dari
       kampung.  

     A. Sebanyak
C. Kebanyakan
     B. Terbanyak
D. Membanyakkan


Latihan 3
1. Cerita itu dibahagikan kepada
beberapa …. .

    A. bahagian
C. terbahagi
    B. bahagi
D. sebahagian

2. Arifin …. di sekolah itu.

    A. pengawas
C. awas
    B. mengawas
D. diawas

3. Kedai yang terbakar itu masih ….

    A. berasap
C. mengasap
    B. asapkan
D. seasap

4. Ahmad orang Melayu. Dia …. Islam.

    A. seagama
C. teragama
    B. beragama
D. mengagama

5. Sungai Pahang ialah sungai
yang …. Di Semenanjung Malaysia.

    A. berpanjang
C. terpanjang
    B. sepanjang
D. memanjangkan

6. ….. yang diberi oleh murid malas itu
tidak diterima.

    A. Beralaskan
C. Alasan
    B. Dialas
D. Pengalas

7. Dia tidak tahu bahawa dia telah …..
buku Chee Seng.

    A. mengambil
C. diambil
    B. terambil
D. ambilkan

8. Murid-murid…. di kantin.

    A. mengatur
C. teratur
    B. beratur
D. aturan

9. ….. emak saya hari-hari banyak,
kakak saya akan menolongnya.

    A. Basuhan
C. Membasuh
    B. Dibasuh
D. Basuhkan

10.Kalau tidak ada apa-apa ….,  saya
     akan sampai di situ petang ini.

    A. menghalang
C. berhalangan
    B. dihalang
D. halangan


11. Kedua-dua orang …. Itu telah diberkas
      polis.

    A. menculik
C. diculik
    B. penculikan
D. penculik

12. Lelaki itu ialah …. lagu-lagu asli.

     A. kegemaran
C. menggemari
     B. penggemar
D. gemar

13.  ….. biola Samad mendayu-dayu hingga
     menghayat hati sesiapa yang mendengarnya.

     A. Menggesek
C. Tergesek
     B. Digesek
D. Gesekan

14. Pertunjukan sarkas akan diadakan pada …..   
      bulan ini.

    A. hujung
C. hujungan
    B. berhujung
D. penghujung

15. Muzium Negara menerima ramai …. pada
      musim cuti sekolah.

     A. pelawat
C. melawati
     B. lawatan
D. melawat

16. Mereka sudah …… kecurian itu kepada
      pihak polis.

    A. laporkan
C. melaporkan
    B. laporan
D. pelapor

17. Suatu ….. akan diadakan di dewan
      serbaguna pada hari minggu ini.

     A. pentas
C. mementaskan
     B. dipentaskan
D. pementasan

18. Adik saya suka ….. .

     A. penari
C. tarian
     B. tari
D. menari

19. Sudah lama empat …... itu tinggal di situ.

     A. keanakan
C. anak-anakan
     B. peranakan
D. beranak

20. Emak membeli ….. baju untuk adik saya.

     A. berhelai
C. sehelaian
     B. helaian
D. sehelai


Latihan 4
1. Rumah di tepi  pantai itu telah …. oleh
Encik Tan.

    A. dibeli
C. pembelian
    B. membeli
D. belian

2. Mei Fong tidak pernah tersenyum sejak
…. ibunya.

    A. mematikan
C. mati
    B. kematian
D. dimatikan

3. Suatu …. akan diadakan di bandar itu
sempena menyambut tahun baru.

    A. berarak
C. perarakan
    B. mengarak
D. pengarak

4. Perbuatan …. Binatang adalah suatu
perbuatan yang keji.

    A. teraniaya
C. penganiayaan
    B. dianiayai
D. menganiaya

5. Kerajaan sedia memberi …. kepada
pengganas-pengganas komunis yang
menyerah diri.

    A. ampunkan
C. pengampunan
    B. ampunan
D. mengampunkan

6.Saya berpuas hati dengan ….. yang
   diberi sepanjang berada di tempat itu.

    A. layanan
C. melayani
    B. melayan
D. pelayan

7. Dia ….. yang terkenal di negara ini.

    A. melawak
C. pelawak
    B. berlawak
D. lawakan

8. Pencuri itu telah …. polis pagi semalam.

    A. menangkap
C. tangkapan
    B. ditangkap
D. tertangkap

9.Penduduk kampung sama-sama
   menebas semak samun sebelum …..
   rumah.

    A. dirikan
C. pendirian
    B. mendirikan
D. berdiri

10.Pinggan itu terlepas dari tangannya
     lalu …. ke lantai.

    A. terhempas
C. dihempaskan
    B. hempaskan
D. menghempas


11. Kami terkejut apabila terdengar bunyi ……
      pada tengah malam.

    A. menembak
C. ditembak
    B. tertembak
D. tembakan

12. Neela ….. sebuah beg duit sewaktu hendak
      ke kedai.

     A. terjumpa
C. perjumpaan
     B. menjumpa
D. berjumpa

13.”Eng Hock, …… saya ke kedai,” kata
      Maniam.

     A. menemani
C. temankan
     B. berteman
D.

14. Dia ….. bola itu ke luar padang.

    A. bertendang
C. ditendang
    B. tendangan
D. menendang

15. Aisyah tidak banyak kawan kerana dia …. .

     A. memalukan
C. pemalu
     B. dimalukan
D. bermalu

16. Hartini anak orang …… .

    A. keadaan
C. berada
    B. diadakan
D. mengadakan

17. Wai Leng membuat suatu ….. air garam di
      dalam bikar.

     A. melarutkan
C. larutan
     B. terlarut
D. pelarut

18. Makanan perlu ….. sebelum di telan.

     A. mengunyah
C. perkunyah
     B. kunyahkan
D. dikunyah

19. Sungguhpun Aiman aktif dalam sukan, dia
      tidak …... pelajarannya.

     A. abaikan
C. mengabaikan
     B. diabai
D. terabai

20. Doktor Li sedang menjalankan ….. ke
      atas pesakit yang baru dikejarkan ke
      hospital.

     A. diperiksa
C. periksakan
     B. memeriksa
D. pemeriksaan

No comments:

Post a Comment