Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Monday 3 December 2012

Contoh Karangan - Syarahan


Anda adalah Pengerusi ahli jawatankuasa kempen menjaga kemudahan awam. Anda telah diminta memberi syarahan mengenai kempen tersebut. Sediakan hujah-hujah anda.

            Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin yang saya kasihi sekalian. Terima kasih kepada para hadirin kerana sudi menghadiri kempen tersebut.
            Saya sebagai pengerusi ahli jawatankuasa kempen menjaga kemudahan awam ingin memberi sepatah dua kata di majlis ini. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meminta kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan supaya menjaga kemudahan awam.
Harta-harta awam adalah hak kita semua. Oleh itu, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaganya. Kita juga sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan segala kemudahan awam kepada kita.
Telefon awam, contohnya dapat membantu kita semasa dalam kecemasan. Jika telefon awam dirosakkan maka kita tidak dapat menggunakannya apabila berlaku kecemasan.
Selain telefon awam, pihak kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan awam kepada kita. Contohnya tandas awam, hospital, taman permainan, jalan raya, sekolah, dan lain-lain lagi. Semua kemudahan awam ini dapat memberi banyak kemudahan kepada kita. Jika kita patut berterima kasih kepada pihak kerajaan dan menghargai semua kemudahan yang disediakan itu dengan baik.
            Sekian, terima kasih.

1 comment: