Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Saturday, 27 October 2012

Nota Kata Hubung


1.
dan / serta
 
Kim  Guan pergi ke sekolah.
Ann Foo pergi ke sekolah.

Kim Guan dan Ann Foo pergi ke sekolah.
2.
tetapi
但是
Siew Zeng hendak pergi ke Seremban.
Fen Fong tidak mahu pergi ke Seremban.

Siew Zeng hendak pergi ke Seremban tetapi Fen Fong tidak mahu pergi.
3.
kerana
因为
Adik tidak pergi ke sekolah.
Adik sakit perut.

Adik tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut.

4.
jika / jikalau / sekiranya /
kalau  / andai kata
如果

Kita tidak boleh menonton wayang.
Kita tidak ada tiket.
Kita tidak boleh menonton wayang jika tidak ada tiket.
5.
walaupun / sungguhpun /
meskipun / sedangkan /
namun / kendatipun
虽然

Hari hujan.
Permainan dijalankan juga.

Walaupun hari hujan, permainan dijalankan juga.

6.
sebelum …
之前
Wan Fong mencuci tangan.
Wan Fong makan nasi.

Wan Fong mencuci tangan sebelum makan nasi.

7.
atau
或者
Heng Chai akan balik ke sini hari ini.
Heng Chai akan balik ke sini esok.

Heng Chai akan balik ke sini hari ini atau esok.
8.
sejak / semenjak
自从
Dia menjadi kaya.
Perangainya sudah berubah.

Sejak dia menjadi kaya, perangainya sudah berubah.

9.
lalu
接着
Lori balak itu terbabas.
Lori balak itu terlanggar tiang elektrik.

Lori balak itu terbabas lalu terlanggar tiang elektrik.
10.
apabila
Ahmad bersorak.
Pasukan sekolah kami menang.


Ahmad bersorak apabila pasukan sekolah kami menang.
11.
setelah / sesudah / selepas
过后
Aini membasuh tangan.
Aini pun makan kuih itu.

Setelah membasuh tangan, Aini pun makan kuih itu.
12.
melainkan / kecuali
除了
Perpustakaan sekolah dibuka setiap hari.
Perpustakaan sekolah tidak dibuka pada hari Sabtu dan hari Ahad.

Perpustakaan sekolah dibuka setiap hari kecuali pada hari Sabtu dan hari Ahad.
13.
supaya / agar
以便
Murid-murid harus belajar bersungguh-sungguh.
Murid-murid berjaya dalam peperiksaan.

Murid-murid harus belajar bersungguh-sungguh supaya berrjaya dalam peperiksaan.
14.
sementara
同时
Ibu mencuci pakaian.
Adik masih tidur.

Sementara adik masih tidur, ibu mencuci pakaian.

15.
ketika / sewaktu / semasa
Pencuri memasuki rumah itu.
Penghuni rumah itu sedang nyenyak tidur.
Pencuri memasuki rumah itu ketika penghuninya  sedang nyenyak tidur.

16.
maka
因此
Kucing itu lapar.
Kucing itu mengiau.

Kucing itu lapar maka mengiau.
17.
yang
Raju membaca buku itu.
Buku itu tebal.

Raju membaca buku yang tebal itu.
18.
hingga
直到
Pak Abu memukul ular itu.
Ular itu mati.

Pak Abu memukul ular itu hingga mati.
19.
sambil / seraya
一面一面
Sani menyanyi di atas pentas.
Sani menari di atas pentas.

Sani menyanyi sambil menari di atas pentas.
20.
bahawa
关于
Mary memberitahu saya.
Ali sakit.

Mary memberitahu saya bahawa Ali sakit.
21.
Selama …
之久
Encik Lee tinggal di Pengkalan Kempas.
Sudah sepuluh tahun Encik Lee tinggal di Pengkalan Kempas.

Encik Lee tinggal di Pengkalan Kempas selama sepuluh tahun.

22.
lagi
Rumah itu besar.
Rumah itu cantik.

Rumah itu besar lagi cantik.
23.
bukan sahaja …. bahkan juga
不但…. 而且
Jackson pandai bermain pingpong.
Jackson pandai bermain bola keranjang.
Jackson bukan sahaja pandai bermain pingpong bahkan juga bola keranjang.


24.
bukan sahaja …. tetapi juga
不但 …. 而且
Wei Hong cergas dalam bidang sukan.
Wei hong pandai dalam pelajaran.
Wei Hong bukan sahaja cergas dalam bidang sukan tetapi juga pandai dalam pelajaran.
25.
wlaupun ….. tetapi / namun
虽然 …. 可是
Tangannya kudung.
Dia pandai melukis.
Walaupun tangannya kudung tetapi dia pandai melukis.
26.
sngguhpun ….. namun / tetapi
虽然 …. 可是
Perempuan itu cantik.
Perempuan itu sombong.
Sungguhpun perempuan itu cantik namun sombong.
27.
baik ….. mahupun
不管 还是
Murid lelaki harus menjaga kebersihan sekolah.
Murid lperempuan harus menjaga kebersihan sekolah.

Baik murid lelaki mahupun murid lperempuan harus menjaga kebersihan sekolah.

28.
entah …. entah
不知
Rancangannya itu berjaya.
Rancangannya itu tidak berjaya.

Rancangannya itu entah berjaya entah tidak.
29.
Jangankan …. pun
不要说
RM20 tidak ada pada saya sekarang.
RM5 tidak ada pada saya sekarang.

Jangankan RM20, RM5 pun tidak ada pada saya sekarang.


30.
makin ….makin /  kian … kian / semakin … semakin
越来越

Dia lama mengumpul wang.
Banyak wang yang dikumpulkannya.
Makin lama makin banyak wang yang dikumpulkannya.

Friday, 19 October 2012

Nota Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama Diri
Ganti Nama Biasa
普通代名词
Ganti Nama Bahasa Diraja 宫廷用语代名词


Raja , sultan
Kata Ganti nama Diri orang Pertama
第一人称
saya (平时用)
aku
(对好朋友或上帝)
kami 我们
(不包括听的人)
kita   我们
(包括听的人)
hamba  奴才
(地位比较低的人),
   我(古代的我)

beta  (苏丹说话自称我 )
patik  (人民和苏丹说话时自称我 /  皇宫里有职位的人)

Kata Ganti nama Diri orang Kedua
第二人称
kamu (平时用)
awak
(同辈的朋友)
anda  
(在公共场合 - 没指定某一个  人,在书面上/电台上)
engkau
(对好朋友或上帝)
tuan  先生
puan 女士
cik    小姐
encik 先生
tuan hamba
(古代的你)
kalian 你们
tuanku 陛下 
(人民和苏丹说话时称呼皇上)                   
Kata Ganti nama Diri orang Ketiga
第三人称
dia   
-nya  他的
beliau 
(用于我们尊敬的人/长辈)
mereka 他们

baginda 皇上的他 (人民称呼皇上)


***                                                       1                       2                       3
A.    Tunggal  一个人          saya                 kamu              dia
B.     Jamak 多人                  kami                kalian              mereka
C.     Raja                                 beta                 tuanku             baginda


Nota Kata Sendi Nama

1.
di 
Ibunya bekerja di sekolah itu.

2.
ke
 到,往
Mereka akan ke Kuantan esok.
Angin bertiup ke utara.
Mesyuarat itu berlangsung dari pukul 9.00 hingga ke pukul 11 pagi.

3.
dari
 
Ayah dan ibu sampai dari Kota Kinabalu.
Angin kencang bertiup dari arah selatan.
Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi.

4.
daripada
来自,由
Chee Hong menerima hadiah daripada ayahnya.
Perabot itu diperbuat daripada papan.
Wan Fang lebih tinggi daripada Siou Yuk.

5.
kepada
 致,给
Ali menerima surat kepada abang.
Ibu bapa telah menghantar surat bantahan kepada sekolah tersebut.
Kertas itu berubah warna daripada warna biru kepada warna merah.
Peserta pertandingan dibahagikan kepada dua kumpulan.

6.
pada
Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.
Wang itu ada pada ibu.
Laying-layang itu tersangkut pada tiang telefon.
Pada saya kejayaan yang dicapainya itu cukup memuaskan.
Pada pendapatnya, persatuan kami harus dibubarkan.
Kisah itu hanyalah khayalan pada pandangan saya.

7.
untuk / bagi

Kereta itu untuk kegunaan pejabat sahaja.
Hadiah itu untuk ibu.

8.
demi

Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.
Buku itu disusun di atas meja satu demi satu.

9.
tentang

Kami berbual tentang kejadian rompakan itu.

10.
seperti / bagai
umpama / laksana

Hatinya keras seperti batu.
11.
dengan
Ayah pergi ke pecan dengan ibu.
Kerja ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak.
Le Hwa memotong roti itu dengan pisau.
Warna bajunya sama biru dengan warna bajuku.

12.
sejak / semenjak
自从

Saya tinggal di Pengkalan Kempas sejak dua tahun yang lalu.
13.
terhadap
对于

Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.
14.
akan

Wanita itu amat rindu akan anaknya.
15.
oleh
Kuih itu dibeli olehnya.
Ia mati oleh senjatanya sendiri.

16.
hingga / sampai
直到
Pegawai itu berjaga hingga pagi.
Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti.

17.
dalam
Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.

18.
antara 之间
Mereka berbincang antara adik-beradik.