Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Friday, 19 October 2012

Nota Kata Sendi Nama

1.
di 
Ibunya bekerja di sekolah itu.

2.
ke
 到,往
Mereka akan ke Kuantan esok.
Angin bertiup ke utara.
Mesyuarat itu berlangsung dari pukul 9.00 hingga ke pukul 11 pagi.

3.
dari
 
Ayah dan ibu sampai dari Kota Kinabalu.
Angin kencang bertiup dari arah selatan.
Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi.

4.
daripada
来自,由
Chee Hong menerima hadiah daripada ayahnya.
Perabot itu diperbuat daripada papan.
Wan Fang lebih tinggi daripada Siou Yuk.

5.
kepada
 致,给
Ali menerima surat kepada abang.
Ibu bapa telah menghantar surat bantahan kepada sekolah tersebut.
Kertas itu berubah warna daripada warna biru kepada warna merah.
Peserta pertandingan dibahagikan kepada dua kumpulan.

6.
pada
Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi.
Wang itu ada pada ibu.
Laying-layang itu tersangkut pada tiang telefon.
Pada saya kejayaan yang dicapainya itu cukup memuaskan.
Pada pendapatnya, persatuan kami harus dibubarkan.
Kisah itu hanyalah khayalan pada pandangan saya.

7.
untuk / bagi

Kereta itu untuk kegunaan pejabat sahaja.
Hadiah itu untuk ibu.

8.
demi

Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara.
Buku itu disusun di atas meja satu demi satu.

9.
tentang

Kami berbual tentang kejadian rompakan itu.

10.
seperti / bagai
umpama / laksana

Hatinya keras seperti batu.
11.
dengan
Ayah pergi ke pecan dengan ibu.
Kerja ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak.
Le Hwa memotong roti itu dengan pisau.
Warna bajunya sama biru dengan warna bajuku.

12.
sejak / semenjak
自从

Saya tinggal di Pengkalan Kempas sejak dua tahun yang lalu.
13.
terhadap
对于

Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.
14.
akan

Wanita itu amat rindu akan anaknya.
15.
oleh
Kuih itu dibeli olehnya.
Ia mati oleh senjatanya sendiri.

16.
hingga / sampai
直到
Pegawai itu berjaga hingga pagi.
Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti.

17.
dalam
Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.

18.
antara 之间
Mereka berbincang antara adik-beradik.

No comments:

Post a Comment