1.
|
dan / serta
和
|
Kim Guan pergi ke
sekolah.
Ann Foo pergi ke sekolah.
|
Kim Guan dan
Ann Foo pergi ke sekolah.
|
2.
|
tetapi
但是
|
Siew Zeng hendak pergi ke Seremban.
Fen Fong tidak mahu pergi ke Seremban.
|
Siew Zeng hendak pergi ke Seremban tetapi Fen Fong tidak mahu pergi.
|
3.
|
kerana
因为
|
Adik tidak pergi ke sekolah.
Adik sakit perut.
|
Adik tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut.
|
4.
|
jika / jikalau / sekiranya /
kalau / andai kata
如果
|
Kita tidak boleh menonton wayang.
Kita tidak ada tiket.
|
Kita tidak boleh menonton wayang jika tidak ada tiket.
|
5.
|
walaupun / sungguhpun /
meskipun / sedangkan /
namun / kendatipun
虽然
|
Hari hujan.
Permainan dijalankan juga.
|
Walaupun
hari hujan, permainan dijalankan juga.
|
6.
|
sebelum …
之前
|
Wan Fong mencuci tangan.
Wan Fong makan nasi.
|
Wan Fong mencuci tangan sebelum makan nasi.
|
7.
|
atau
或者
|
Heng Chai akan balik ke sini hari ini.
Heng Chai akan balik ke sini esok.
|
Heng Chai akan balik ke sini hari ini atau esok.
|
8.
|
sejak / semenjak
自从
|
Dia menjadi kaya.
Perangainya sudah berubah.
|
Sejak dia
menjadi kaya, perangainya sudah berubah.
|
9.
|
lalu
接着
|
Lori balak itu terbabas.
Lori balak itu terlanggar tiang elektrik.
|
Lori balak itu terbabas lalu terlanggar tiang elektrik.
|
10.
|
apabila
当
|
Ahmad bersorak.
Pasukan sekolah kami menang.
|
Ahmad bersorak apabila
pasukan sekolah kami menang.
|
11.
|
setelah / sesudah / selepas
过后
|
Aini membasuh tangan.
Aini pun makan kuih itu.
|
Setelah
membasuh tangan, Aini pun makan kuih itu.
|
12.
|
melainkan / kecuali
除了
|
Perpustakaan sekolah dibuka setiap hari.
Perpustakaan sekolah tidak dibuka pada hari Sabtu dan hari
Ahad.
|
Perpustakaan sekolah dibuka setiap hari kecuali pada hari Sabtu dan
hari Ahad.
|
13.
|
supaya / agar
以便
|
Murid-murid harus belajar bersungguh-sungguh.
Murid-murid berjaya dalam peperiksaan.
|
Murid-murid harus belajar bersungguh-sungguh supaya berrjaya dalam
peperiksaan.
|
14.
|
sementara
同时
|
Ibu mencuci pakaian.
Adik masih tidur.
|
Sementara
adik masih tidur, ibu mencuci pakaian.
|
15.
|
ketika / sewaktu / semasa
当
|
Pencuri memasuki rumah itu.
Penghuni rumah itu sedang nyenyak tidur.
|
Pencuri memasuki rumah itu ketika penghuninya
sedang nyenyak tidur.
|
16.
|
maka
因此
|
Kucing itu lapar.
Kucing itu mengiau.
|
Kucing itu lapar maka
mengiau.
|
17.
|
yang
的
|
Raju membaca buku itu.
Buku itu tebal.
|
Raju membaca buku yang
tebal itu.
|
18.
|
hingga
直到
|
Pak Abu memukul ular itu.
Ular itu mati.
|
Pak Abu memukul ular itu hingga mati.
|
19.
|
sambil / seraya
一面…一面
|
Sani menyanyi di atas pentas.
Sani menari di atas pentas.
|
Sani menyanyi sambil menari
di atas pentas.
|
20.
|
bahawa
关于
|
Mary memberitahu saya.
Ali sakit.
|
Mary memberitahu saya bahawa
Ali sakit.
|
21.
|
Selama …
之久
|
Encik Lee tinggal di Pengkalan Kempas.
Sudah sepuluh tahun Encik Lee tinggal di Pengkalan Kempas.
|
Encik Lee tinggal di Pengkalan Kempas selama sepuluh tahun.
|
22.
|
lagi
又
|
Rumah itu besar.
Rumah itu cantik.
|
Rumah itu besar lagi
cantik.
|
23.
|
bukan sahaja …. bahkan juga
不但…. 而且
|
Jackson pandai bermain pingpong.
Jackson pandai bermain bola keranjang.
|
Jackson bukan
sahaja pandai bermain pingpong bahkan
juga bola keranjang.
|
24.
|
bukan sahaja …. tetapi juga
不但 …. 而且
|
Wei Hong cergas dalam bidang sukan.
Wei hong pandai dalam pelajaran.
|
Wei Hong bukan
sahaja cergas dalam bidang sukan tetapi
juga pandai dalam pelajaran.
|
25.
|
wlaupun ….. tetapi / namun
虽然 …. 可是
|
Tangannya kudung.断
Dia pandai melukis.
|
Walaupun
tangannya kudung tetapi dia
pandai melukis.
|
26.
|
sngguhpun ….. namun / tetapi
虽然 …. 可是
|
Perempuan itu cantik.
Perempuan itu sombong.
|
Sungguhpun
perempuan itu cantik namun
sombong.
|
27.
|
baik ….. mahupun
不管 还是
|
Murid lelaki harus menjaga kebersihan sekolah.
Murid lperempuan harus menjaga kebersihan sekolah.
|
Baik
murid lelaki mahupun murid
lperempuan harus menjaga kebersihan sekolah.
|
28.
|
entah …. entah
不知
|
Rancangannya itu berjaya.
Rancangannya itu tidak berjaya.
|
Rancangannya itu entah
berjaya entah tidak.
|
29.
|
Jangankan …. pun
不要说 也
|
RM20 tidak ada pada saya sekarang.
RM5 tidak ada pada saya sekarang.
|
Jangankan
RM20, RM5 pun tidak ada
pada saya sekarang.
|
30.
|
makin ….makin /
kian … kian / semakin … semakin
越来越
|
Dia lama mengumpul wang.
Banyak wang yang dikumpulkannya.
|
Makin
lama makin banyak wang yang
dikumpulkannya.
|
Saturday, 27 October 2012
Nota Kata Hubung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment