Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Sunday, 18 November 2012

Contoh Karangan - Berita


Suatu kejadian banjir telah berlaku di daerah kamu. Sebagai wartawan, kamu telah diminta untuk menulis berita tentang kejadian banjir kilat di daerah kamu. Sediakan berita itu selengkapnya.

GEMENCHEH, 19 Mei 2009 – Hujan lebat tanpa berhenti-henti selama dua hari berturut-turut telah menyebabkan Kampung Baru Gedok dilanda banjir kilat. Hampir separuh kampung telah ditenggelami air setinggi satu meter.

Beratus-ratus buah rumah penduduk kampung telah rosak. Semua harta benda dan tanaman mereka juga turut musnah.

Selain itu, semua binatang ternakan seperti ayam, anjing, lembu, kucing, itik, dan sebagainya turut mati lemas. Kelihatan banyak bangkai terapung-apung di permukaan air.

Sebanyak seratus buah keluarga kehilangan tempat tinggal. Nasib baik, tiada mangsa yang terkorban. Semua mangsa banjir telah dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara dengan menaiki bot penyelamat.

Di pusat itu, semua mangsa banjir diberi bantuan makanan, pakaian, dan ubat-ubatan. Mereka juga menerima sumbangan daripada orang ramai.

Apabila air surut, semua mangsa banjir pun dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Mereka terpaksa membersihkan rumah mereka yang kotor akibat banjir. Diharap banjir tidak akan berlaku lagi.

9 comments:

  1. Bahan P&P yang baik untuk murid-murid!

    ReplyDelete
  2. aiyooo Anjing juga binatang ternakan ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu la.. dia patut tulis binatang ternakan dan pelihara😜

      Delete
    2. Hehehe tu la.. dia patut tulis binatang ternakan dan pelihara😜

      Delete
  3. ya syazana najwa! Nice essay

    ReplyDelete
  4. nice essay ..bgus untk budk yg ingin membuat contoh

    ReplyDelete
  5. Kenapa satu perenggan punya ayat pendek sangat??

    ReplyDelete
  6. pendek sangatlah karangannya boleh bagi yang 6 atau 5 perenggan?

    ReplyDelete