Selaku
ketua kelas, kamu dikehendaki menyampaikan ucapan sempena majlis perpisahan
rakan sekelas kamu. Tulis ucapan itu selengkapnya.
Selamat
pagi Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.
Saya
ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk
berucap di majlis ini. Tujuan kita berkumpul di sini adalah untuk meraikan,
Ahmad yang akan berpindah ke sekolah lain.
Hari ini
merupakan hari terakhir Ahmad bersama-sama dengan kita. Dia akan meninggalkan
kita kerana dia mahu mengikuti bapanya yang bekerja di Perlis.
Ahmad
ialah seorang murid yang baik hati, rajin, dan suka menolong orang yang
menghadapi kesusahan. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.
Ahmad juga pandai dalam bidang syarahan. Oleh itu, dia selalu mewakili sekolah
dalam pertandingan syarahan.
Di sini,
saya ingin mewakili rakan sekelas yang lain untuk meminta maaf daripada Ahmad
jika kami ada melakukan kesalahan atau menyinggung perasaannya. Saya berharap
kamu akan mendapat 7A dalam Ujian Penilaian Sekolah rendah.
Jika
kamu ada masa lapang, kamu bolehlah mengirimkan surat kepada kami.
Sekian,
terima kasih.
Terima kasih kerana perkongsian ilmu. Tahniah blog yg ceria dan penuh informasi
ReplyDeletenota sangat lengkap, usaha lagi!
ReplyDeletesila memberi komen dan menjadi follower saya, terima kasih.
http://tangeokhwa1963.blogspot.com/
Terima kasih! Dengan blog ini , saya blh mengulangkaji matapelajaran B.Malaysia dngn senang ! :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerbaik๐๐๐
ReplyDelete