Sewaktu anda pulang dari sekeloh, anda
terlihat sebuah lori sampah sedang membuang sampah ke dalam
sungai. Nyatakan tindakan yang anda lakukan.
Pada hari
Jumaat yang lalu, saya berbasikal pulang dari sekolah bersendirian. Tiba-tiba,
saya ternampak sebuah lori sampah sedang menuju ke arah sebatang sungai yang
terletak di hujung kampung.
Tidak lama
kemudian, lori sampah itu berhenti di tepi sungai itu. Saya cepat-cepat
bersembunyi di sebalik semak-semak untuk mengintai gerak-geri mereka. Saya mendapati
mereka sedang membuang sampah ke dalam sungai itu.
Saya segera
membuat keputusan untuk memberitahu ketua kampung. Beliau telah membawa saya ke
balai polis untuk membuat laporan. Saya memberitahu seorang pegawai polis
tentang kejadian itu.
Setelah itu, beberapa orang pegawai polis
mengejar ke tempat kejadian itu dengan segera. Apabila kami tiba di sana,
pemandu lori sampah itu dan kawan-kawannya cuba melarikan diri tetapi tidak
berjaya. Akhirnya, mereka berjaya ditangkap oleh pegawai polis.
Pihak polis
telah mendenda mereka seebanyak RM5000 dan memberi amaran kepada mereka supaya
tidak mengulangi perbuatan tersebut. Mereka menyesal dan mengaku kesalahan yang
mereka lakukan. Mereka juga berjanji akan membersihkan sungai itu.
Ketua kampung
dan pengawai polis telah memuji keberanian saya. Saya berasa sangat gembira
kerana dapat mengelakkan sungai itu daripada tercemar. Selepas itu, saya pun
pulang ke rumah.
Nice blog.Tahniah....
ReplyDeleteSɛʍaҡ sɛʍaҡ tʊ ɮօʟɛɦ tʊҡaʀ ʝaɖɨ sɛʍaҡ saʍʊռ
ReplyDeleteSɛʍaҡ sɛʍaҡ tʊ ɮօʟɛɦ tʊҡaʀ ʝaɖɨ sɛʍaҡ saʍʊռ
ReplyDelete