Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Thursday 29 November 2012

Contoh Karangan - Temu Ramah


Kamu dikehendaki menemu ramah seorang tokoh sukan di sekolah kamu. Tuliskan temu ramah kamu itu.

Jenis : Temu Bual / Wawancara

Pendahuluan:
-- Selamat pagi -
-- Selamat pagi.

Isi-isi:
1. – Terlebih – tahniah – syabas 
       –ucapkan – berjaya – johan 
      – acara lari pecut 100 meter
        - kejohanan olahraga MSSM 
       baru-baru -
- Terima -

2. – Bolehkah – ceritakan  perasaan 
    – sebaik –       memenangi -
- Sebenarnya – tidak menyangka
  – johan –  berasa - terkejut

3. – bagaimana – begitu?
- menjangka – persaingan – sengit 
 – pemenang tahun  lepas – berlumba 
– cabaran langsung – mudah
  sahaja - johan

4. – Berapakah masa – catatkan 
    – perlumbaan -– 10.7 saat
    – rekod – baru?
- Tidak – tahun 2008, ? 
 –mencatat 10.3 saat

5. – sekarang – cita-cita – seterusnya?
- bercita-cita – meningkatkan diri 
– baik lagi – mewakili negara - nanti

Penutup:
- berharap – berjaya mencapai – Akhir - 
 terima kasih –  sudi – ditemu ramah
- Sama-sama


Zi Lin :
Selamat pagi, saudari Mary.

Mary  :
Selamat pagi.

Zi Lin :
Terlebih dahulu, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada saudari kerana telah berjaya menjadi johan dalam acara lari pecut 100 meter dalam kejohanan olahraga MSSM baru-baru ini.

Mary  :
Terima kasih.

Zi Lin :
Bolehkah saudari ceritakan perasaan saudari sebaik sahaja memenangi johan?

Mary  :
Sebenarnya, saya tidak menyangka akan menjadi johan. Saya berasa sangat terkejut.

Zi Lin :
Bagaimana pula begitu?

Mary  :
Saya menjangka akan mendapat persaingan yang sengit daripada pemenang tahun lepas tetapi semasa berlumba tidak ada cabaran langsung. Oleh itu, dengan mudah sahaja saya menjadi johan.

Zi Lin :
Berapakah masa yang saudari catatkan dalam perlumbaan tersebut?

Mary  :
10.7 saat.

Zi Lin :
Adakah ini suatu rekod yang baharu?

Mary  :
Tidak. Pada tahun 2008, Devi telah mencatat 10.3 saat.
Zi Lin :
Jadi sekarang apakah cita-cita saudari seterusnya?
Mary  :
Saya bercita-cita untuk meningkatkan  diri dengan lebih baik lagi dan mewakili negara suatu hari nanti.
Zi Lin :
Saya berharap saudari akan berjaya mencapai cita-cita tersebut. Akhir kata, terima kasih kerana sudi untuk ditemu ramah.
Mary  :
Sama-sama.

16 comments:

  1. karangan di atas ini sangat berguna bagi saya pelajar sekolah

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. blog ini langsung tidak membantu saya kerana tiada contoh karangan yang berbeza saya tidak mendapat ape-ape makluma....so tolong upload karangan temu ramah menggunakan soalan ini
    " kamu telah menjadi johan dalam pertandingan kuiz Matematik antara sekolah. kamu di temu ramah oleh seorang pemberita."

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Tidak setuju😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠

      Delete
    3. Tidak setuju😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠😠

      Delete
    4. Karangan ini kau boleh ubah ayat kau dan compare yang nie kenapa la kau nie bengap sangat

      Delete
  4. Alhamdulillah dapat juga bah aku cari ini karangan.kalau tidak habislahbah aku oleh cikgu.perrr membantu....^_^^_^(。♡‿♡。)

    ReplyDelete
  5. Saya sebagai guru, karangan ini tidak sesuai utk pelajar ye..

    ReplyDelete