Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Wednesday, 5 December 2012

Contoh Jawapan Bahagian C



Bil
Aktiviti
Nilai Murni / Pengajaran
1.
…. ayahnya akan pergi ke kebun getah untuk menoreh getah bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

bertanggungjawab
2.
…. ibunya bijak membantu ayahnya menambah pendapatan keluarga mereka.
An ingin mengubah kehi
bersikap rasional
3.
…. Bercita-cita menjadi peguam dan ingin mengubah kehidupan mereka sekeluarga apabila dewasa nanti.

berdaya usaha

4.
….selepas membuat kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya, Siti akan membantu ibunya mengemas rumah dan menjaga adik-adiknya.

menghargai masa


JAWAPAN:
      Kita mestilah bertanggungjawab dengan mencari rezeki untuk menyara keluarga supaya hidup bahagia. Selain itu, kita hendaklah bersikap rasional dengan bijak mengambil peluang untuk menambah pendapatan keluarga supaya kehidupan keluarga menjadi senang. Seterusnya, kita patutlah berdaya usaha dengan bercita-cita tinggi untuk mengubah kehidupan keluarga kita.  Akhir sekali, kita sewajarnya menghargai masa dengan bijak membahagikan masa antara pelajaran dan membantu orang tua kita / ibu bapa.

No comments:

Post a Comment