Selamat Datang Ke Dunia Bahasa Malaysia UPSR

Monday, 3 December 2012

Contoh Karanagn - Surat Kiriman Rasmi


Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu akan mengadakan lawatan ke kilang membuat makanan ringan. Sebagai setiausaha, kamu dikehendaki menulis sepucuk surat kepada pengurus kilang tersebut.


Persatuan Bahasa Malaysia,
SJK(C) Kampung Baru Gedok,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan.
___________________________________________________________________

Tuan Pengurus,
Kilang Makanan Ringan Mamee,
73309 Air Keruh,
MELAKA.                                                                                           9 OKTOBER 2010

Tuan,

Memohon Kebenaran Melawat

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa kami adalah ahli-ahli Persatuan Bahasa Malaysia SJK(C) Kampung Baru Gedok akan mengadakan lawatan ke kilang membuat makanan ringan tuan.

2.         Rombongan kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk melawat ke kilang tuan. Rombongan kami terdiri daripada 40 orang ahli dan lima orang guru yang menyertai rombongan tersebut.

3.         Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan ahli-ahli tentang cara-cara untuk membuat makanan ringan. Kami akan mengadakan lawatan tersebut pada 11 November 2010, jam 10.00 pagi.

4.         Kami berharap pihak tuan akan membenarkan kami melawat ke kilang tuan. Sila membalas surat dengan segera.


Sekian, terima kasih.



Yang benar,

        Zi Lin___
(LEE  ZI LIN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
SJK(C) Kampung Baru Gedok.

No comments:

Post a Comment