Anda adalah Pengerusi ahli jawatankuasa kempen
menjaga kemudahan awam. Anda telah diminta memberi syarahan mengenai
kempen tersebut. Sediakan hujah-hujah anda.
Selamat
pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan serta para
hadirin yang saya kasihi sekalian. Terima kasih kepada para hadirin kerana sudi
menghadiri kempen tersebut.
Saya sebagai
pengerusi ahli jawatankuasa kempen menjaga kemudahan awam ingin memberi sepatah
dua kata di majlis ini. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meminta
kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan supaya menjaga kemudahan awam.
Harta-harta awam adalah hak kita
semua. Oleh itu, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaganya. Kita juga
sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan segala kemudahan
awam kepada kita.
Telefon awam, contohnya dapat membantu
kita semasa dalam kecemasan. Jika telefon awam dirosakkan maka kita tidak dapat
menggunakannya apabila berlaku kecemasan.
Selain telefon awam, pihak kerajaan
telah menyediakan banyak kemudahan awam kepada kita. Contohnya tandas awam,
hospital, taman permainan, jalan raya, sekolah, dan lain-lain lagi. Semua
kemudahan awam ini dapat memberi banyak kemudahan kepada kita. Jika kita patut
berterima kasih kepada pihak kerajaan dan menghargai semua kemudahan yang
disediakan itu dengan baik.
Sekian,
terima kasih.
Maklumat yang berguna.
ReplyDelete